Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Facebook Platform “Paling Berdosa” Kepada Rakyat Malaysia – Fahmi Fadzil

Posted on Ogos 18, 2026Ogos 18, 2026

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengatakan bahawa Facebook adalah “platform yang paling berdosa” kepada rakyat Malaysia kerana menjadi platform dengan peratusan tertinggi untuk kandungan berkaitan judi dan scam.

“Bagi platform yang paling berdosa, paling bermasalah, judi dalam talian yang paling berdosa ialah Facebook. Facebook paling berdosa, paling banyak menggunakan akaun palsu,” katanya semasa berucap dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MCMC dan Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya hari ini.

 

Facebook ‘juarai’ carta untuk kandungan judi dan scam

Dari 1 Januari 2026 hingga 17 Ogos 2026, sebanyak 470,593 kandunganĀ telah diminta untuk diturunkan daripada platform media sosial.

Platform bersetuju menurunkan 93% daripada jumlah tersebut.

facebook berdosa fahmi fadzil - 3

Untuk kandungan berkaitan judi sahaja, 78% daripadanya datang daripada Facebook, diikuti YouTube sebanyak 18% dan TikTok sebanyak 4%.

facebook judi berdosa fahmi fadzil - 3

Bagi kandungan berunsur penipuan atau scam, Facebook juga jadi paling tertinggi dengan angka 53%.

facebook kes scam berdosa fahmi fadzil - 1

Antara yang membimbangkan juga ialah dari Januari 2026 ke Jun 2026, kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian (scam) telah mencecah nilai RM958 juta.

Beliau mengkritik platform media sosial kerana dalam banyak kes, mereka hanya bertindak selepas menerima aduan daripada MCMC atau orang awam, sedangkan platform sepatutnya mengambil tindakan sebelum kandungan-kandungan tersebut sampai ke pengguna.

Justeru, MenteriĀ menegaskan bahawa setiap penyedia platform media sosial perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan memudaratkan tanpa bergantung pada laporan pihak berkuasa atau aduan pengguna semata-mata.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress