Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26_9

Tak Perlu GarageBand, iOS 26 Akhirnya Mudahkan Pengguna Tetap Nada Dering Sendiri

Diterbitkan Jun 18, 2025 · Dikemas kini Jun 18, 2025 oleh Amalina Athman

Awal minggu lalu, Apple secara rasmi memperkenalkan pratonton iOS 26 bersama pelancaran versi beta pembangun pertama.

Di sebalik pelbagai ciri baharu yang diumumkan, ada satu perubahan kecil yang mungkin paling menggembirakan pengguna iPhone, dan mungkin membuat pengguna Android tersenyum kerana sudah menikmatinya selama lebih 16 tahun.

Kini, pengguna iPhone akhirnya boleh menetapkan nada dering tersuai (custom ringtone) tanpa perlu menggunakan aplikasi GarageBand.

Melalui iOS 26 Developer Beta 1, pengguna hanya perlu pilih fail audio seperti MP3 atau M4A dalam aplikasi Files. Pastikan panjang audio tidak melebihi 30 saat. Kemudian tekan butang “Share” dan pilih “Use as Ringtone”.

New achievement unlocked.
With iOS 26, we can finally set music files directly as ringtones 🥹 pic.twitter.com/wPwBA0CMGq

— Mukul Sharma (@stufflistings) June 16, 2025

Nada dering itu akan terus ditetapkan sebagai nada dering semasa dan boleh diakses melalui Settings > Sound & Haptics > Ringtone.

ringtone ios 26

Seperti dinyatakan Macworld, pilihan “Use as Ringtone” juga muncul dalam aplikasi lain, termasuk Voice Memos. Namun begitu, lagu daripada Apple Music masih tidak boleh digunakan sebagai nada dering tersuai secara percuma, walaupun mempunyai langganan aktif.

Apple juga masih menawarkan nada dering 30 saat melalui iTunes Store dengan harga sekitar RM1.90 hingga RM3.90 untuk setiap nada.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
  • iOS 26 Kini Hadir Dengan Ciri Anggaran Masa Pengecasan
  • iOS 26 Akhirnya Benarkan Pengguna Ubah Tempoh 'Snooze Alarm' iPhone
  • iOS 26 Boleh Kurangkan Satu Masalah Utama Bila Kemas Kini iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY