Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SNOOZE iOS 26

iOS 26 Akhirnya Benarkan Pengguna Ubah Tempoh ‘Snooze Alarm’ iPhone

Diterbitkan Jun 12, 2025 · Dikemas kini Jun 12, 2025 oleh Amalina Athman

Dalam iOS 26, Apple perkenalkan satu ciri baharu yang mungkin nampak ringkas, namun sebenarnya cukup berguna untuk rutin harian, terutamanya di waktu pagi.

Sebelum ini, tempoh ‘snooze’ di iPhone ‘terkunci’ kepada 9 minit tanpa pilihan untuk diubah. Kini, pengguna akhirnya boleh menetapkan sendiri tempoh tangguh antara 1 hingga 15 minit, mengikut keselesaan masing-masing.

snooze alarm iOS 26_

Ini antara penambahbaikan kecil yang sepatutnya sudah lama ada. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna yang mempunyai rutin pagi berbeza.

Ada yang hanya perlukan 2 minit tambahan, ada juga yang perlukan masa lebih panjang untuk betul-betul segar sebelum bangun.

Untuk konteks, tetapan 9 minit pada iPhone (dan kebanyakan jam penggera lain) berasal daripada kekangan rekaan jam loceng mekanikal zaman dulu, dan ia kekal digunakan dalam sistem iPhone sejak sekian lama.

Kadang-kala, perubahan kecil seperti ini mampu memberi impak besar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan rutin harian pengguna.

Buat masa ini, iOS 26 masih dalam fasa beta untuk pembangun. Versi beta awam dijangka tiba bulan depan, manakala pelancaran rasmi dijangka tiba sekitar September nanti.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
  • iOS 26 Kini Hadir Dengan Ciri Anggaran Masa Pengecasan

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY