Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple storage iOS_wisermy

iOS 26 Boleh Kurangkan Satu Masalah Utama Bila Kemas Kini iPhone

Diterbitkan Jun 16, 2025 ยท Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh Amalina Athman

Menurut Apple, iOS 26 kini boleh ‘menyimpan’ ruang storan secara dinamik bagi memastikan kemas kini automatik dapat dimuat turun dan dipasang tanpa masalah.

“Bergantung kepada jumlah ruang kosong yang tersedia, iOS mungkin akan menyimpan ruang kemas kini secara dinamik bagi membolehkan Kemas Kini Automatik dimuat turun dan dipasang dengan lancar,” menurut dokumen Apple untuk iOS 26 versi pembangun pertama.

Perubahan ini bertujuan untuk memastikan pengguna iPhone yang mengaktifkan Kemas Kini Automatik mempunyai ruang storan yang mencukupi untuk membolehkan kemas kini dimuat turun dan dipasang.

Namun begitu, masih banyak persoalan belum terjawab.

Apple belum mendedahkan secara terperinci bagaimana sistem ‘dynamic storage reserve’ ini berfungsi, berapa banyak ruang yang akan diperuntukkan, dan sama ada pengguna akan menerima notifikasi mengenai ruang yang disimpan atau jika boleh memilih untuk mematikan fungsi ini.

Jika semuanya berjalan lancar, proses kemas kini iOS selepas ini akan akan jadi lebih mudah. Pengguna tak perlu lagi pening nak pilih dan padam mana-mana aplikasi, gambar atau video semata-mata untuk cukupkan ruang storan sebelum kemas kini dapat dilakukan.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
  • iOS 26 Kini Hadir Dengan Ciri Anggaran Masa Pengecasan
  • iOS 26 Akhirnya Benarkan Pengguna Ubah Tempoh 'Snooze Alarm' iPhone

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY