Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26_estimate battery charging

iOS 26 Kini Hadir Dengan Ciri Anggaran Masa Pengecasan

Diterbitkan Jun 10, 2025 ยท Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh Amalina Athman

Ciri baharu dalam iOS 26 kini membolehkan pengguna melihat anggaran masa yang diperlukan untuk bateri penuh, sama ada ketika dicas menggunakan kabel atau pengecas wayarles.

iOS 26 Kini Hadir Dengan Ciri Anggaran Masa Pengecasan
Kredit: Apple Hub

Fungsi ini sebenarnya sudah lama ada di kebanyakan peranti Android, namun baru kini diperkenalkan kepada pengguna iPhone.

Menariknya, melalui paparan anggaran ini, pengguna boleh tahu seberapa pantas pengecas yang digunakan. Jika disambungkan ke pengecas perlahan seperti pengecas Qi 5W, sistem akan maklumkan bahawa peranti sedang dicas dengan sambungan yang perlahan.

iOS 26 Kini Hadir Dengan Ciri Anggaran Masa Pengecasan

Pengguna juga boleh merancang waktu pengecasan – tidak perlu tertunggu-tunggu bila bateri akan penuh serta boleh elak daripada terlebih cas tanpa sengaja.

Anggaran masa pengecasan boleh dilihat di bahagian “Battery” di aplikasi Settings, dan turut dipaparkan secara langsung pada Lock Screen.

Sebagai rujukan, Apple sebelum ini pernah menawarkan ciri anggaran masa pengecasan bateri pada Mac, namun telah dialih keluar beberapa tahun lalu.

Ciri ini sudah boleh diakses oleh pembangun melalui iOS 26 versi beta. Apple dijangka akan melancarkan kemas kini ini kepada semua pengguna secara rasmi pada sekitar September nanti.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26
  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26

Sumber: MacRumors

Gambar utama: X/ @JJtheBBL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY