Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Facebook reels_

Tak Lama Lagi, Semua Video Di Facebook Akan Jadi ‘Reels’

Diterbitkan Jun 18, 2025 ยท Dikemas kini Jun 18, 2025 oleh Amalina Athman

Facebook akan melaksanakan perubahan besar dalam cara pengguna memuat naik dan berkongsi video di platform tersebut.

Dalam pengumuman terbaharu, Meta memaklumkan bahawa semua video yang dimuat naik ke Facebook, sama ada pendek atau panjang, akan dijadikan Reels secara automatik. Pengguna tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkongsi sebagai video biasa atau Reels seperti sebelum ini.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/18122626/01_CREATION-FLOW.mp4

Meta turut merancang untuk membuang had durasi Reels di Facebook. Menurut halaman sokongan Facebook, Reels ketika ini hanya dibenarkan sehingga 90 saat. Dengan perubahan ini kelak, Reels versi baharu tidak lagi terikat kepada had masa atau format tertentu.

Semua proses memuat naik video juga akan disatukan di satu tempat, lengkap dengan lebih banyak ciri suntingan kreatif.

Tak Lama Lagi, Semua Video Di Facebook Akan Jadi ‘Reels’

Selain itu, Meta akan menukar nama tab Video kepada Reels. Walaupun begitu, Meta menjelaskan bahawa penukaran nama ini tidak akan menjejaskan jenis video yang disarankan kepada pengguna kerana ia masih akan dipaparkan mengikut minat dan corak tontonan masing-masing.

Difahamkan, perubahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang, melibatkan pengguna biasa dan juga Halaman (Pages) di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Facebook Akhirnya Serius Untuk Banteras Kandungan Spam
  • Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri - Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar
  • WhatsApp Akan Mula Papar Iklan - Ini Apa Pengguna Perlu Tahu
  • Meta, Oakley Dijangka Umum Cermin Mata Pintar Jumaat Ini

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY