Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri – Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri – Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Diterbitkan April 30, 2025 · Dikemas kini April 30, 2025 oleh Amalina Athman

Meta hari ini melancarkan versi pertama Meta AI, sebuah aplikasi pembantu kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan secara kendiri dan dikuasakan oleh model Llama 4.

Seperti pembantu AI lain, pengguna boleh menaip atau bercakap dengannya, menjana imej, serta mendapatkan maklumat terkini dari web secara masa nyata.

Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri – Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Namun, yang menariknya, aplikasi Meta AI menawarkan ciri suapan Discover yang menambah elemen AI dalam media sosial. Melaluinya, pengguna dapat melihat prompt terbaik yang dikongsi oleh orang lain, dan kemudian menyukai, mengulas, berkongsi, atau remix (mengubahsuai) arahan tersebut mengikut gaya sendiri.

Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri – Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Aplikasi ini turut menampilkan mod suara dengan versi beta pilihan (opt-in) yang membolehkan perbualan lebih semula jadi dan santai. Berdasarkan penyelidikan model AI ‘full-duplex’, mod ini menyokong pertukaran pantas dan percakapan bertindih. Sebagai permulaan, kedua-dua mod suara hanya tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan New Zealand.

Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri – Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Selain itu, Meta AI juga membolehkan penjanaan dan penyuntingan imej melalui perbualan suara atau teks. Ia boleh mencari maklumat di web untuk cadangan produk dan penyelidikan, dengan bantuan “pencetus perbualan” yang disediakan untuk memberi idea.

 

Di AS dan Kanada, Meta menggunakan maklumat daripada profil Facebook dan Instagram untuk memperibadikan cara pembantu AI memberikan respons. Secara teori, ini bermakna cara pengguna menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut akan mempengaruhi hasil yang diberikan oleh Meta AI.

Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri – Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Seperti ChatGPT, pengguna juga boleh mengarahkan Meta AI untuk mengingati butiran tertentu tentang diri mereka.

Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri – Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Difahamkan, Meta AI bukanlah aplikasi baharu sepenuhnya, sebaliknya ia menggantikan aplikasi View yang sebelum ini digunakan bersama cermin mata pintar Meta Ray-Ban. Buat masa ini, pengguna di Malaysia masih belum boleh menggunakan Meta AI sebagai pembantu AI sepenuhnya – ia hanya berfungsi untuk dipadankan dengan cermin mata pintar tersebut.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Llama 4: AI Baharu Meta Yang Kurang Berat Sebelah
  • Meta Guna AI Untuk Kesan Remaja Yang Tipu Umur Di Media Sosial
  • CapCut Ada Pesaing Baharu - Instagram Edits

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY