Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook spam

Facebook Akhirnya Serius Untuk Banteras Kandungan Spam

Diterbitkan April 28, 2025 · Dikemas kini April 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Facebook mengakui bahawa kandungan spam telah menjejaskan pengalaman pengguna dalam Feed. Untuk menangani isu ini, Facebook mengambil beberapa langkah baharu bagi mengurangkan kandungan spam dan membantu pencipta kandungan asli mencapai lebih ramai pengguna.

Antara usaha terbaru ialah mengurangkan capaian (reach) akaun-akaun yang kerap berkongsi kandungan spam, misalnya akaun yang menggunakan kapsyen yang terlalu panjang dan tidak relevan dengan kandungan, ataupun kapsyen yang penuh dengan tanda pagar secara berlebihan.

Selain itu, Facebook akan mengetatkan tindakan terhadap akaun-akaun yang terlibat dalam rangkaian spam yang menyebarkan kandungan sama secara berulang kali.

Akaun-akaun sebegini akan disekat daripada menjana pendapatan dan capaian mereka kepada pengguna akan dihadkan.

Facebook juga sedang meningkatkan usaha untuk menghapuskan akaun yang terlibat dalam aktiviti seperti interaksi palsu dan penyamaran.

Pada tahun 2024 sahaja, Facebook telah berjaya menurunkan lebih 100 juta halaman palsu yang menjalankan aktiviti spam serta 23 juta profil yang menyamar sebagai pencipta kandungan terkenal.

Langkah tambahan juga diambil seperti memberi pengguna kemampuan untuk melaporkan komen spam atau akaun penyamar dengan lebih mudah.

Pada masa yang sama, Facebook terus melindungi pencipta kandungan asal dengan memperkasakan fungsi Rights Manager, iaitu alat pengurusan hak cipta, supaya kandungan asli tidak disalahgunakan atau diambil tanpa izin.

Facebook menegaskan bahawa langkah-langkah ini bertujuan memastikan platformnya kekal sebagai ruang ekspresi yang bebas tetapi bebas daripada spam yang boleh menghalang suara pencipta kandungan sebenar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Llama 4: AI Baharu Meta Yang Kurang Berat Sebelah
  • Meta Guna AI Untuk Kesan Remaja Yang Tipu Umur Di Media Sosial
  • EU Denda Apple Dan Meta €700 Juta, Berpotensi Cetus Kemarahan Trump

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY