Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iklan whatsapp status_

WhatsApp Akan Mula Papar Iklan – Ini Apa Pengguna Perlu Tahu

Diterbitkan Jun 17, 2025 ยท Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp sudah bertahun-tahun bercakap mengenai rancangan untuk memperkenalkan iklan dalam aplikasi, dan kini ia akhirnya menjadi kenyataan.

Perkara ini diumumkan melalui blog rasmi WhatsApp, bersama butiran lanjut tentang bagaimana ciri ini akan berfungsi, termasuk apa kesannya terhadap privasi pengguna.

Iklan akan diperkenalkan melalui tab “Kemas Kini” (Updates), iaitu bahagian yang menempatkan Status dan Saluran.

Melalui Status, pengguna bukan sahaja akan melihat kemas kini daripada kenalan seperti biasa, tetapi juga kandungan tajaan daripada perniagaan. Iklan ini akan muncul secara selitan antara status lain, mirip seperti cara iklan dipaparkan di Instagram Stories.

iklan whatsapp status_4

Selain itu, WhatsApp akan menampilkan Saluran yang dipromosikan (Promoted Channels) apabila pengguna menekan butang “Explore” untuk mencari saluran baharu yang ingin diikuti.

iklan whatsapp status_3

Ciri langganan Saluran juga akan diperkenalkan, membolehkan pengguna melanggan saluran tertentu untuk menerima “kemas kini eksklusif” daripada saluran pilihan.

Privasi pengguna

WhatsApp menegaskan bahawa Status, panggilan dan mesej peribadi kekal disulitkan hujung ke hujung (end-to-end encrypted), bermakna tiada sesiapa, termasuk WhatsApp sendiri, boleh membaca atau mendengar perbualan pengguna.

Iklan yang dipaparkan juga tidak bergantung kepada kandungan mesej. Sebaliknya, ia akan disesuaikan berdasarkan maklumat yang dianggap “terhad”, seperti negara atau bandar pengguna, bahasa yang digunakan, Saluran yang diikuti, serta cara pengguna berinteraksi dengan iklan dalam platform.

Ciri baharu ini akan muncul hanya pada tab Kemas Kini, jauh daripada sembang peribadi anda. Hal ini bermakna jika anda hanya menggunakan WhatsApp untuk berbual dengan rakan dan orang tersayang, tiada perubahan pada pengalaman anda.

Sebagai tambahan, WhatsApp turut memberi jaminan bahawa syarikat itu tidak menjual atau berkongsi nombor telefon pengguna dengan pengiklan. Mesej peribadi, panggilan dan kumpulan yang disertai tidak akan digunakan untuk menentukan iklan yang dipaparkan.

Bertahun-tahun dalam perancangan

Meta sebenarnya sudah lama mempertimbangkan untuk membawa iklan ke dalam WhatsApp, satu idea yang pada asalnya ditolak sepenuhnya oleh pengasas aplikasi tersebut.

Pada tahun 2020, Meta pernah menghentikan rancangan buat sementara waktu. Namun pada 2023, Ketua WhatsApp, Will Cathcart, mengesahkan bahawa mereka masih meneruskan rancangan untuk melaksanakannya dengan pendekatan yang lebih berhati-hati.

Ketika ini, WhatsApp digunakan oleh sekitar 1.5 bilion orang setiap hari di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Paparan Iklan Di Aplikasi WhatsApp Masih Dalam Perancangan
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Status WhatsApp Kini Ada Ciri Baharu
  • WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Emoji Animasi, Pelekat Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY