Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oakley meta

Meta, Oakley Dijangka Umum Cermin Mata Pintar Jumaat Ini

Diterbitkan Jun 17, 2025 ยท Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh Amalina Athman

Nampaknya barisan cermin mata pintar Meta bakal berkembang ke jenama selain Ray-Ban. Minggu ini, satu akaun Instagram rasmi dan disahkan bernama “oakleymeta” telah muncul, memperlihatkan teaser pelancaran produk bersama yang dijadualkan pada 20 Jun 2025.

Seperti diketahui, Meta sebelum ini sudah pun memiliki barisan cermin mata pintar hasil kerjasama dengan Ray-Ban.

Namun pada Januari lalu, Bloomberg melaporkan bahawa Meta turut merancang untuk membawa teknologi yang sama ke cermin mata Oakley. Sama seperti Ray-Ban Meta, Oakley versi Meta ini dijangka hadir dengan kamera terbina untuk merakam foto dan video, serta sokongan kecerdasan buatan (AI).

Meta AI yang terbina dalam Ray-Ban Meta membolehkan pengguna mendapatkan jawapan berkaitan persekitaran mereka secara langsung. Cermin mata ini turut dilengkapi dengan pembesar suara untuk memainkan muzik, dan membolehkan pemakai menjawab panggilan telefon dengan mudah.

download (3)

Untuk versi Oakley pula, cermin mata pintar ini berkemungkinan berasaskan model Oakley Sphaera, dengan kamera diletakkan di bahagian tengah bingkai. Meta dijangka menyasarkan model ini kepada penunggang basikal dan atlet yang sememangnya sudah biasa menggunakan cermin mata Oakley.

Setakat ini, Oakley masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenai produk tersebut. Teaser yang dikongsikan hanya memaparkan logo Meta dan Oakley tanpa sebarang spesifikasi. Namun, tidak banyak kemungkinan lain yang boleh dijangka daripada kerjasama ini.

Segala persoalan dijangka akan terjawab pada 20 Jun nanti.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri - Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar
  • Meta Bangunkan Cermin Mata AI Yang Kenal Wajah & Jejak Aktiviti Harian
  • Meta Akan Bangunkan Cermin Mata Pintar Untuk Tentera

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY