Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Strava update june 2026_

Strava Tambah Ciri Baharu Untuk Aktiviti Mendaki – Termasuk Navigasi Luar Talian, Peta Aktiviti 3D

Diterbitkan Jun 12, 2026 oleh Amalina Athman

Strava mengumumkan beberapa ciri baharu yang memfokuskan kepada aktiviti mendaki, merangkumi perancangan laluan, navigasi serta perkongsian sosial.

Langkah ini dibuat ketika aktiviti mendaki semakin popular dalam kalangan komuniti pengguna platform tersebut, dengan laporan Year In Sport 2025 menunjukkan jumlah kelab mendaki di Strava meningkat 5.8 kali ganda.

Bagi membantu pengguna merancang perjalanan, Strava menambah baik Map Style dengan paparan maklumat denai yang lebih terperinci serta lokasi penting seperti pintu masuk denai, kawasan berkelah dan tapak perkhemahan.

Pelanggan berbayar juga boleh mencari laluan popular melalui Route Discovery, menyesuaikan laluan sendiri menggunakan Route Builder, serta menyimpan laluan terus dalam aplikasi menerusi ciri Route Saves.

Dari segi navigasi, Strava kini menambah Off-Route Alerts yang akan memberi amaran apabila pengguna tersasar daripada laluan yang dirancang. Laluan juga boleh diselaraskan terus ke peranti Garmin, Apple Watch dan Coros yang serasi, manakala ciri Offline Routes membolehkan laluan digunakan tanpa sambungan internet.

Strava update june 2026_

Selain itu, Strava turut menawarkan Live Elevation untuk melihat profil ketinggian secara masa nyata serta Route Following pada Apple Watch bagi membolehkan navigasi dilakukan terus melalui jam tangan tanpa memerlukan telefon.

Kebanyakan ciri navigasi ini ditawarkan kepada pelanggan Strava Premium, manakala pengguna percuma hanya mempunyai akses kepada fungsi yang lebih terhad.

Untuk perkongsian sosial, Strava memperkenalkan Activity Replays yang membolehkan laluan pendakian dimainkan semula dalam bentuk animasi pada suapan aktiviti. Platform itu turut menawarkan paparan 3D Activity Map, Sticker Stats untuk berkongsi statistik pendakian serta Flyover, iaitu animasi udara 3D yang memaparkan semula laluan yang telah diselesaikan.

Ketersediaan

Kebanyakan ciri ini sudah mula ditawarkan kepada pengguna, manakala penambahbaikan ciri ‘Map Style’ akan diperkenalkan secara berperingkat dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Aplikasi Strava Dilapor Dedahkan Lokasi Kapal Induk Perancis
  • Amazfit Cheetah 2 Pro Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,099

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY