Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit Lancar Cheetah 2 Pro, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam

Amazfit Cheetah 2 Pro Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,099

Diterbitkan Mei 11, 2026 ยท Dikemas kini Mei 11, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas diumumkan pada lewat April lalu, jam pintar Amazfit Cheetah 2 Pro akhirnya tiba di Malaysia.

Cheetah 2 Pro yang direka khusus untuk larian maraton dibangun dengan menggabungkan larian berstruktur, latihan kekuatan, dan cerapan pemulihan ke dalam satu sistem.

Jam ini dibina dengan reka bentuk titanium Gred 5 yang ringan dan kaca nilam kalis calar serta dilengkapi paparan AMOLED bersaiz 1.32 inci.

Ia turut dilengkapi ciri GPS dwi-jalur tercanggih untuk penjejakan laluan dan kadar yang tepat.

Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, professional middle distance runner and Amazfit ambasaddor
Fungsi pintar yang lain termasuk pelan latihan peribadi yang adaptif melalui Zepp Coach, dan sokongan integrasi dengan platform pihak ketiga popular seperti Strava dan TrainingPeaks.

Jam ini juga menyediakan cerapan pemulihan komprehensif (termasuk kadar denyutan jantung dan tidur) untuk membantu pelari membuat keputusan latihan yang lebih bijak.

Dari aspek ketahanan bateri pula, Cheetah 2 Pro menawarkan sehingga 31 jam dengan GPS berterusan atau sehingga 20 hari untuk kegunaan harian.

Pra-tempahan bagi Cheetah 2 Pro sudah pun dibuka bermula hari ini, 11 Mei 2026, dengan pelancaran rasminya pula akan berlangsung pada 14 Mei 2026.

Istimewa untuk pelanggan yang membuat pra-tempahan, mereka turut akan menerima T-shirt Amazfit dan pengering rambut percuma.

Amazfit Cheetah 2 Pro Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,099

Amazfit Cheetah 2 Pro sudah boleh dipra-tempah pada harga RM2,099 dari store rasmi atau melalui:

  • Shopee – https://invl.me/clng4wu

Berkaitan

  • Jam Pintar Flagship Pertama Xiaomi, Watch 5 Dilancar Pada Harga RM1,199
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HUAWEI WATCH GT Runner 2 Kini Di Malaysia - Jam Tangan Pintar Untuk Pelari, Harga RM1,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY