Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Strava Failkan Saman Terhadap Garmin, Dakwa Langgar Paten

Aplikasi Strava Dilapor Dedahkan Lokasi Kapal Induk Perancis

Diterbitkan Mac 25, 2026 oleh ariff bukhari

Seorang anggota tentera laut Perancis yang menggunakan aplikasi untuk menjejak prestasi lariannya secara tidak sengaja mendedahkan lokasi tepat kapal induk utama negaranya, menurut laporan sebuah akhbar.

Perancis mengerahkan kapal induk Charles de Gaulle — bersama kapal frigat pengiring — ke Mediterranean pada awal Mac, sejurus selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran mencetuskan konflik di Timur Tengah.

Kapal tersebut berada di Mediterranean timur sejak 9 Mac sebagai sebahagian daripada pendirian yang disifatkan Presiden Emmanuel Macron sebagai “bersifat pertahanan semata-mata” bagi menyokong sekutu Perancis dalam konflik itu.

Akhbar Le Monde melaporkan pada Khamis bahawa individu tersebut berlari mengelilingi dek kapal yang sedang bergerak pada 13 Mac di tengah laut barat laut Cyprus, berdasarkan profil awamnya di aplikasi penjejakan kecergasan Strava.

Imej satelit pula menunjukkan kapal induk itu berada berhampiran lokasi berkenaan ketika itu.

Data Strava juga menunjukkan individu sama pernah berlari di Copenhagen, Denmark pada akhir Februari, merentasi jambatan dari Malmo, Sweden, lokasi di mana Charles de Gaulle berlabuh ketika itu.

Angkatan tentera Perancis memberitahu AFP bahawa langkah sewajarnya akan diambil sekiranya laporan tersebut benar, memandangkan anggota tentera laut sering diingatkan tentang risiko kebocoran keselamatan melalui penggunaan aplikasi seperti itu.

“Kes yang dilaporkan — jika disahkan — tidak mematuhi arahan semasa,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, profil aplikasi larian juga pernah mendedahkan maklumat sensitif.

Pada 2024, Le Monde melaporkan bahawa pengawal peribadi kepada Emmanuel Macron, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin Rusia Vladimir Putin secara tidak sengaja membocorkan lokasi mereka ketika mengiringi lawatan rasmi.

Pada 2018 pula, peta Strava mendedahkan lokasi anggota tentera Amerika Syarikat dan sekutunya di Iraq, Syria dan Afghanistan.

Walaupun beberapa pangkalan sudah diketahui umum, peta itu turut menunjukkan laluan pergerakan tentera di luar pangkalan — maklumat yang berpotensi digunakan untuk merancang serangan atau serang hendap. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita
  • Bloomberg: Apple Akan Papar Iklan Dalam Hasil Carian Di Apple Maps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY