Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
steve jobs

Komputer Dell Kini Pasti Menjana macOS Jika Jobs Tak Tersilap Langkah

Diterbitkan Jun 28, 2022 · Dikemas kini November 4, 2022 oleh Nadiah Ab

Pada Oktober tahun 2021, pengasas jenama komputer Dell telah berkongsikan sebuah kisah menarik berkaitan Steve Jobs dan macOS dari Apple.

Michael Dell berkata dia pertama kali bertemu dengan pengasas bersama Apple itu di kumpulan pengguna komputer.

Menurut Dell, dia berkawan dengan Jobs beberapa tahun selepas dia mengukuhkan kedudukan syarikatnya sebagai peneraju dalam industri komputer.

jobs dell
Michael Dell

Pada tahun 1993, Dell berkata bahawa bekas CEO Apple itu melawat rumahnya di Texas beberapa kali untuk mengemukakan penggunaan sistem pengendalian ‘NeXT’.

Jobs mencipta NeXT selepas disingkirkan daripada Apple, namun sistem pengendaliannya ini tidak mencapai kejayaan yang dia jangkakan.

Dell berkata dia telah menolak tawaran itu kerana kekurangan perisian dan minat pengguna.

Jobs dikatakan telah mencuba sekali lagi pada tahun 1997 apabila dia kembali ke Apple sebagai CEO sementara selepas syarikat tersebut memperoleh NeXT, meminta Dell untuk melesenkan versi macOS yang dibina pada perisian Mach NeXT.

Berkaitan

  • Apple Premium Partner Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Malaysia
  • Apple Music, Apple One Di Malaysia Dinaikkan Harga Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kalau Apple Letak 9 Ciri Android Ini Pada iPhone 15, 'Confirm' Ramai Berhijrah Ke iOS

Pada waktu itu, jurutera Apple telah memindahkan perisian OS ke mesin x86.

Dell pada mulanya berminat dan berkata akan membayar yuran pelesenan untuk setiap PC yang dijual dengan macOS, namun Jobs pula mencadangkan pemasangan macOS dan Windows pada semua komputer Dell, membolehkan pelanggan memilih sistem yang hendak digunakan.

Malangnya, cadangan tersebut tidak diterima oleh Dell, yang menyatakan bahawa dia perlu membayar yuran pelesenan Apple walaupun pelanggannya tidak menggunakan macOS.

Tambahnya lagi, Jobs tidak dapat menjamin akses berterusan kepada perisiannya.

Menurut Dell, ini boleh mengubah trajektori untuk Windows dan macOS pada PC.

dell jobs

Jobs dan Dell tentunya merupakan dua saingan hebat dalam industri PC. Walaupun begitu, pasangan ini tetap menjalin hubungan yang baik.

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY