Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple one

Apple Music, Apple One Di Malaysia Dinaikkan Harga Berkuat Kuasa Serta-Merta

Diterbitkan Oktober 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Apple Music di Malaysia kini boleh dilanggan pada harga RM16.90 sebulan untuk pelan individu, berbanding RM14.90 sebelum ini.

Untuk pelajar pula, harga langgannya telah pun ditingkatkan sejak beberapa bulan lalu iaitu RM8.90 daripada RM6.90.

Pelan keluarga pula dinaikkan daripada RM22.90 ke RM25.90.

Apple Music – Apple (MY)

Kata Apple, kenaikan ini adalah disebabkan kos perlesenan dan akan memberikan kelebihan dari segi kewangan untuk para pengkarya.

Bukan itu sahaja, malah perkhidmatan Apple One juga kini hadir dengan harga langganan bulanan sebanyak RM29.90 untuk pelan individu. Kenaikan ini agak besar kerana naik RM10 daripada sebelum ini.

Apple One – Apple (MY)

Pelan keluarga naik ke RM39.90 daripada RM33.90 manakala Premier pula kini RM78 daripada RM69.90.

Untuk Apple TV+ pula, ia naik sebanyak RM10 daripada RM19.90 ke RM29.90. Apple berkata peningkatan harga langganan ini disebabkan kandungannya yang semakin banyak kebelakangan ini.

Apple TV+ – Apple (MY)

Jika anda tidak mahu membayar dengan kos baharu ini, cepat-cepatlah hentikan langganan sebelum kitaran baharunya bermula.

Kenaikan harga perkhidmatan-perkhidmatan ini bukanlah terhad di Malaysia saja tetapi semua pengguna di seluruh dunia.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Aplikasi Apple Music Akan Ditawarkan Kepada Tablet Android
  • Apple Naikkan Harga Apple Music Untuk Pelajar Termasuk Di Malaysia
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Katalog Apple Music Kini Mempunyai 100 Juta Lagu
  • Apple Watch Bantu Kesan Kanser Pada Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY