Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple premium parner machines pavilion kl (2)

Apple Premium Partner Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 13, 2022 · Dikemas kini Oktober 13, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kedai Machines di Pavilion KL yang baru dibuka semula pada Hari Malaysia lalu kini memaparkan logo Apple Premium Partner hadapan.

Menariknya, stor Apple Premium Partner (ARP) ini bukan saja pertama di Malaysia, bahkan seluruh rantau Asia Tenggara.

apple premium parner machines pavilion kl (1)

Lokasinya ialah di tingkat 5 Pavilion KL, Lot 5.19 dan 5.20.

Untuk makluman, Machines mempunyai rangkaian Apple Premium Reseller (APR) terbesar di Malaysia waktu ini. Tidak hairanlah mereka membuka kedai berstatus Premium Partner pula kali ini.

Apa bezanya dengan kedai Machines atau Switch biasa yang dilabel Apple Authorised Reseller?

apple premium parner machines pavilion kl (5)

ARP ini dikatakan lebih tinggi darjatnya dan hanya setingkat di bawah Apple Store rasmi yang dikendalikan Apple sendiri.

Berkaitan

  • Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna
  • Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu - Battersea Power Station
  • 4 Produk Baharu Dari Apple Yang Mungkin Dilancarkan Oktober Ini

Selain itu, para pekerjanya juga diiktiraf bertauliah oleh Apple.

Kedai dengan status Premium Partner yang pertama di dunia dibuka di Bahnhofplatz 1, Zurich. Sebelum itu, ia menempatkan stor Apple Premium Reseller.

apple premium parner machines pavilion kl (3)

Berkenaan pembukaan Apple Store pertama di Malaysia pula, dikhabarkan ia akan terletak di enara TRX atau Exchange 106 namun tidak pasti bilakah ia akan diumumkan secara rasmi.

Sumber: Machines, SoyaCincau, Computerworld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY