Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kalau Apple Letak 9 Ciri Android Ini Pada iPhone 15, ‘Confirm’ Ramai Berhijrah Ke iOS

Posted on Oktober 27, 2022November 1, 2022

Tahukah anda jualan iPhone 14 model bukan Pro tidak mencapai sasaran sehingga Apple membuat keputusan untuk mengurangkan pengeluarannya?

Hal ini kerana ramai berpendapat iPhone 14 dengan iPhone 13 tidak ada banyak perbezaan.

Apple terkenal dengan sistem tertutup dan laras kustomasi yang sangat terhad, berbeza dengan Android.

Dalam iOS 16, kita dapat saksikan betapa Apple semakin terbuka dengan menawarkan pelbagai kustomasi dan memberikan ciri yang sudah lama wujud pada Android.

Mengambil semangat ini, saya fikir Apple akan terus melakukan perkara sama pada iOS dan iPhone seterusnya – lebih terbuka, tambah sentuhan sendiri.

Gambar utama: Contrast/Launch Center Pro

{snap}

Leret ke bawah untuk notifikasi

Notifikasi hanya turun jika anda leret dari atas. Jika anda leret di luar kawasan notifikasi seperti dari tengah skrin atau bawah sedikit daripada notifikasi pun, iOS akan paparkan aplikasi cadangan Siri dan petak carian.

Kebanyakan telefon Android pula terutamanya dengan UI Android vanila, dengan mudah pengguna dapat mengakses natifikasi dengan leret dari tengah skrin.

Kalau telefon Xiaomi pula, jenama itu berikan kebebasan untuk pengguna di mana jika mereka leret dari bahagian kiri skin, ia akan paprkan notifikasi manakala kanan pula untuk Control Center.

Jadi, jika iOS baharu kelak benarkan talam notifikasi turun dengan dengan leret pada mana-mana bahagian, pastinya memudahkan pengguna menavigasi telefon.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Ikon aplikasi pada bar notifikasi

Android sejak awal dulu, ia hadir dengan ikon aplikasi apabila anda notifikasi hadir. Dengan itu, pengguna dengan mudah mengetahui jika mereka menerima mesej WhatsApp dan sebagainya.

Pengguna Apple pula bagaimanapun perlu menarik notifikasi untuk mengetahuinya, atau tatal skrin utama untuk lihat jika ada dot merah pada ikon.

Takuk pada iPhone kini semakin kecil. Justeru, jika iOS seterusnya Apple melaksanakannya, pasti memudahkan pengguna tanpa perlu banyak kerja untuk menyemak notifikasi satu-satu aplikasi.

Tambahan pula dengan penciptaan Dynamic Island, Apple pastinya boleh melaksanakannya dengan cara baharu yang lebih menarik berbanding Android.

Sebenarnya, tidak perlu semua ikon terpapar sekaligus seperti pada Android, cukup ia muncul buat beberapa minit dan mengutamakan notifikasi terkini.

Saya membayangkan satu lagi pilihan di mana ikon bersama angka notifikasi dipaparkan secara bergilir-gilir.

Dengan kepakaran Apple dalam animasi, pastinya dapat memikat hati pelanggan baru, ditambah lagi animasi sedia ada Dynamic Island.

Jadi, pengguna dapat mengetahui notifikasi dan pada masa sama ia tidak menggunakan ruang yang banyak.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Port USB Type-C

Pasti sudah ramai pengikut teknologi sudah lama sedar tentang berita tindak badan Eropah yang mewajipkan kesemua peranti elektronik hadir dengan port USB-C untuk pengecasan menjelang 2024.

Jadi, ciri ini bukan lagi impian, tetapi pastinya akan dilaksanakan Apple, paling awal pada 2023. Pegawai tertinggi Apple sendiri sudah mengesahkan mereka akan menggunakan port USB-C pada iPhone kelak.

Walaupun Apple sejak awal tidak bersetuju, tapi sebenarnya ini akan menjadi faktor paling besar untuk penggun Android bertukar ke iOS dan menjinakkan diri dengan iPhone.

Alasannya mudah, kerana mereka dapat menggunakan satu jenis kabel untuk semua peranti.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Pengecasan pantas

pengecasan pantas bahaya

Dengan penggunaan kabel USB Type-C, peranti iPhone boleh menyokong kelajuan pengecasan lebih daripada iPhone dengan Lightning sekarang iaitu 18W. Bukan saja pengecasan, tapi juga pemindahan data.

Hal ini kerana memang wujud piawaian yang mengkategorikan kelajuan pemindahan data bagi USB-C. Jenama-jenama China seperti Oppo, Vivo menjadi antara juara kalau bab pengecasan ini.

Takkanlah wakil Amerika Syarikat mahu kalah? Ramai gemar dengan ciri ini kerana ia mengambil masa yang singkat untuk penuhkan bateri, terutamanya telefon sekarang yang banyak berkapasiti 4,500mAH ke atas.

Umumkan saja Apple iPhone baharu sokong pengecasan 30W (walaupun masih tidak cukup pantas), pastinya bakal pelanggan akan terliur dan sedia pecah tabung.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Aplikasi pendua

Ini mungkin ciri yang tidak banyak digunakan orang ramai namun ada peminatnya terutamanya mereka yang berniaga. Satu aplikasi/akaun peribadi, satu lagi untuk hal profesional atau perniagaan.

Serasa saya, antara aplikasi yang paling banyak diduakan ialah WhatsApp kerana ia tidak menyokong 2 akaun dalam 1 aplikasi.

Jadi, jika iOS seterusnya menyokong penduaan aplikasi, pengguna Android terutamanya peniaga yang banyak memanfaatkan akaun pendua tidak berfikir panjang untuk membeli iPhone.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Akses mudah untuk padam storan tidak diperlukan

Antara masalah dihadapi pengguna iPhone ialah memahami ‘Others’ dan cara kecilkannya. Selalunya ia akan mengambil ruang storan yang besar tapi pengguna tidak tahu apa dalamnya.

Kalau ‘cache’, maka pastinya pengguna tidak berfikir banyak kali untuk singkirkannya. Namun, masalah lebih besar ialah tiada pilihan untuk buang ‘Others’ ini. Dalam iOS terbaru, nama barunya ialah ‘System Data‘.

Antara cara untuk selesaikannya ialah dengan membuat sandaran dan memformat semula peranti. Tetapi, perkara ini mengambil masa yang lama dan berisiko jika pengguna tidak cekap.

Selain itu, Android juga membenarkan pengguna membuang data aplikasi secara individu. Bermaksud, data seperti ‘cache’ dan keseluruhan storan aplikasi sendiri boleh dipadam tanpa menjejaskan aplikasi lain.

Justeru, jika Apple hadir dengan pilihan membenarkan pengguna memadam storan ‘Others’ dan data aplikasi individu seperti Android, pastinya pengguna semakin berminat mendapatkan iPhone.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Ikon aplikasi yang boleh diubah suai

Bab kustomasi ini, sejak dulu lagi menjadi kelebihan buat Android. Bahkan dalam stock Android sekalipun hari ini, Google sendiri memberikan kebebasan untuk pengguna pilih warna tema, font dan banyak lagi.

Dulu, pengguna perlukan aplikasi pihak ketiga tapi sekarang pengeluar sendiri menyediakannya.

Sebenarnya, ramai antara pengguna suka untuk ubah ikon aplikasi dan menyelaraskan pada satu-satu tema. Ada yang suka jika semua ikon mengikut warna,  ada pula suka ia bertemakan konsep seperti rekaan 3D.

Waktuini, pengguna mengubah ikon mereka melalui ciri Shortcut. Bayangkan jika iOS menyokong ciri pek ikon (icon pack) atau benarkan pengguna ubah mengikut laras ditetapkan Apple sendiri.

Anda mungkin berasakan hal mengubah ikon ini renyah dan membuang masa. Tapi bagi anak muda misalnya, ia satu ruang untuk mereka berasa selesa dan berkarya walau hanya halwa di mata.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Kemampuan untuk kunci dan sembunyikan aplikasi

Waktu ini, pengguna hanya boleh padam ikon aplikasi daripada skrin utama saja. Tapi, ia masih tersenarai dalam App Library dan ketika membuat carian.

Kita dapat lihat dalam iOS 16, barulah Apple hadir dengan ciri privasi untuk ‘Hidden album’ dan’Recently Deleted’ sedangkan secara logiknya, memang ia harus dikunci dengan apa-apa ciri keselamatan.

Ciri ini secara peribadi bagi saya tidaklah sukar untuk Apple implimentasikannya. Mungkin dari segi keselamatan, banyak lapisan perlu diperhalusi namun tidak mustahil.

Aplikasi media sosial Instagram misalnya, masih tidak hadir dengan ciri kata laluannya sendiri seperti WhatsApp. Jadi, adalah tindakan yang disambut pengguna jika iOS kelak boleh kunci satu-satu aplikasi.

Jika iOS selepas ini benarkan pengguna untuk kunci dan sembunyikan aplikasi, ini menjadi lebih banyak alasan untuk pengguna Android berhijrah ke iPhone.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

{snap}

Kebebasan memilih nada dering

How to create a custom ringtone for your iPhone | Macworld

Satu perkara yang sangat ketat tapi tidak difahami pengguna ialah ketegasan Apple dalam memberi pengguna pilihan untuk menetapkan nada dering.

Mereka tidak boleh senang-senang masukkan fail MP3 ke dalam iPhone dan pilih audio tersebut sebagai nada dering. Antara sebabnya ialah untuk menjaga perniagaan mereka iaitu iTunes.

Seawal iPhone dilancarkan dulu, pengguna peranti Apple perlu membeli satu-satu lagu untuk disimpan dan dijadikan nada dering. Jika mereka benarkan sistem mengambil audio luar, maka bagaimana iTunes akan jana wang?

Kini, banyak perisian pihak ketiga yang membantu pengguna tetapkan audio daripada luar sebagai nada dering. Tapi, jika iPhone sokong audio luar sistem sebagai nada dering, bukankah ia akan disambut baik?

Oh ya, sudah tentu juga ciri ini akan diejek oleh pengguna Android.

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro

Klik untuk semak harga iPhone 14 Pro Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress