Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam Deck Wide

Steam Deck 2 – Valve Mungkin Berminat Dengan Teknologi RDNA 3 Daripada AMD

Diterbitkan Jun 24, 2022 · Dikemas kini Jun 24, 2022 oleh Firdaus

Dengan pencapaian agak cemerlang Steam Deck generasi pertama, Valve mungkin akan membangunkan peranti generasi seterusnya dengan teknologi RDNA 3 daripada AMD. Sehubungan itu, AMD dilapor akan melancarkan teknologi RDNA 3 seawal Oktober ini mengikut ura-ura.

Seni bina RDNA merupakan satu teknologi unit pemprosesan grafik yang dibangunkan AMD. Sebagai contoh, konsol terbaru daripada Sony, PlayStation 5 menggunakan RDNA 2 sebagai unit pemprosesan grafiknya.

Tambahan lagi, AMD juga nampaknya berminat untuk membekalkan peranti Steam Deck akan datang dengan teknologi mereka. Seandainya ia menjadi kenyataan, peranti itu akan dikuasakan teknologi seni bina RDNA 3 daripada AMD.

Di samping itu, Steam Deck juga menggunakan GPU RDNA 2 daripada AMD. Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman rasmi daripada AMD mahupun Valve berkenaan perkara ini.

Steam Deck baharu sahaja dilancarkan tidak sampai setahun lagi dan kemungkinan besar ramai masih menunggu untuk memilikinya. Oleh itu, mungkin kita akan melihat pengumuman rasmi akan Steam Deck 2 seawal tahun depan dek selepas RDNA 3 dilancarkan oleh AMD.

Sumber: GAMERANT

Baca juga:

  • MediaTek Dimensity 9000+ Diumum, Pesaing Snapdragon 8+ Gen 1
  • Mahu Kekal Berkhidmat, AI Google Dilapor Ingin Dapatkan Peguam Untuk Bela Dirinya
  • Tonton YouTube Pada Apple Watch? Kini Jadi Realiti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY