Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dimensity 9000+

MediaTek Dimensity 9000+ Diumum, Pesaing Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan Jun 23, 2022 oleh Amsyar Latif

Jika Mei lepas, Qualcomm melancarkan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1, kini ia mempunyai pesaing baharu di mana MediaTek mengumumkan Dimensity 9000+.

Bila dengar “plus”, kita sudah mengetahui bahawa ia hanyalah sedikit naik taraf berbanding pendahulunya.

Bagi Dimensity 9000+, cip ini menerima perubahan terbesar pada teras Cortex-X2 dengan kelajuannya kini mencapai 3.2GHz berbanding 3.05GHz pada Dimensity 9000. Sementara kelajuan teras Cortex-A710 dan Cortex-A510 sama sahaja.

Welcome to the next level of incredible with the MediaTek Dimensity 9000+. #Dimensity9000plus delivers a boost in performance over the Dimensity 9000 & designed to power an edge in gaming, photography, videography, and performance. https://t.co/aM60lyH79P pic.twitter.com/XoYvgkFWeI

— MediaTek (@MediaTek) June 22, 2022

Menurut MediaTek, mereka menjanjikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 5% serta 10% bagi prestasi GPU.

Buat masa sekarang, belum diketahui lagi peranti manakah yang bakal menggunakan cip terbaharu ini. Namun, ia bakal hadir ke pasaran bermula suku ketiga tahun 2022.

Sumber: MediaTek

Baca juga:

  • Aplikasi Pelayar Chrome Kini Milisaat Lebih Pantas Menerusi Versi 103

  • Tonton YouTube Pada Apple Watch? Kini Jadi Realiti

  • Ini 5 ‘Game’ Android Percuma Dengan Penggunaan Grafik Paling Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY