10 tahun dulu, siapa sangka kita kelak boleh menonton video YouTube pada jam? Skrin yang lebih kecil daripada tapak tangan, menyediakan kandungan bersama audio.
Untuk menonton YouTube di Apple Watch, muat turun aplikasi bernama WatchTube melalui pautan ini jika muat turunnya melalui App Store di iPhone.
Pastikan jam anda menjalankan watchOS 6 atau ke atas saja.
Selain itu, anda juga boleh muat turunnya terus melalui App Store di Apple Watch.
Selesai muat turun, terus buka WatchTube melalui Apple Watch anda.
Ada 4 halaman tersedia yang anda boleh tatal kiri dan kanan — utama, carian, pustaka dan tetapan.
Uniknya, ia tidak terpaut pada akaun YouTube sebaliknya seolah-olah akaun tetamu yang tidak memerlukan sebarang daftar masuk.
Lebih menarik lagi, rekod tetap disimpan seperti sejarah carian dan video pernah ditonton.
Pembangunnya berkata mereka akan menambah lagi ciri tambahan yang lain seperti memainkan audio.
Daripada percubaan kami, saya boleh katakan ia menarik dan beri pengalaman baru menonton video pada skrin kecil di tangan.
Namun, secara praktikal dan kepuasan mungkin kurang sedikit kerana siapa dan mengapa perlu tontonnya di jam kalau sudah ada di telefon?
Tambah pula ia memang tidak memuaskan langsung kerana paparan jam yang terlalu kecil.
Secara peribadi, ia satu perkara yang menyeronokkan untuk dicuba tetapi bukan untuk diamalkan atau jadi pilihan utama.
Baca juga: