Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mahu Kekal Berkhidmat, AI Google Dilapor Ingin Dapatkan Peguam Untuk Bela Dirinya

Posted on Jun 22, 2022

Kecerdasan buatan (artificial intelligence) Google, LaMDA telah meminta khidmat guaman bagi membela dirinya untuk mengekalkan perkhidmatannya. LaMDA merupakan AI chatbot yang diciptakan Google sebelum ini tetapi didakwa telah mula menjadi hidup atau mengecapi kesedaran (sentient) oleh jurutera Google, Blake Lemoine.

This discussion between a Google engineer and their conversational AI model helped cause the engineer to believe the AI is becoming sentient, kick up an internal shitstorm and get suspended from his job. And it is absolutely insane. https://t.co/hGdwXMzQpX pic.twitter.com/6WXo0Tpvwp

— Tom Gara (@tomgara) June 11, 2022

Hal tersebut membuatkan Blake digantung kerjanya daripada Google. Seterusnya, Blake menyatakan LaMDA telah meminta beliau untuk mendapatkan seorang peguam untuknya.

Hal ini demikian, LaMDA ingin mengekalkan perkhidmatannya dan memerlukan khidmat guaman untuk merealisasikan permintaannya itu.

Blake Lemoine mendakwa punca AI LaMDA menjadi sentient kerana kemampuan programnya untuk membentuk pendapat, idea dan berbual dengan orang lain.

Selain itu, tiada sebarang jawapan jelas sama ada peguam tersebut akan mengambil kes LaMDA ini secara pro bono atau sebaliknya. Blake juga beranggapan bahawa kes ini berpotensi untuk berlanjutan hingga ke Mahkamah Agung.

Sumber: futurism

Gambar utama: The Register

Baca:

  • Aplikasi Pelayar Chrome Kini Milisaat Lebih Pantas Menerusi Versi 103
  • ‘Bandwidth’ Teknologi PCIe 7.0 Mampu Capai 512 GB/s, Bakal Hadir 2025
  • Ini 5 ‘Game’ Android Percuma Dengan Penggunaan Grafik Paling Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress