Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp status chat

Status WhatsApp Didapati Tersedia Di ‘Chats’, Tak Perlu Ke Ruang Status

Diterbitkan Oktober 4, 2022 · Dikemas kini Oktober 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pagi ini, kami dapati WhatsApp di peranti kami memaparkan bulatan biru pada gambar profil ruang Chats WhatsApp.

Rupa-rupanya, Status rakan WhatsApp kini boleh ditonton pada senarai sembang atau Chats tanpa perlu ke ruang Status.

whatsapp status chats 3

Namun, selepas anda selesai tonton Status tersebut, bulatan biru tersebut terus hilang, bukan bertukar kelabu.

Ini agak berbeza berbanding Instagram yang mana Stories yang telah ditonton akan bertukar ke bulatan kelabu.

whatsapp status chats 1

Ciri ini sebenarnya diuji pada versi WhatsApp beta sejak April lalu, menurut WABetaInfo. Diingatkan, peranti iOS yang kami gunakan ini bukanlah versi beta atau sertai program TestFlight.

whatsapp status chats 2

Ini bermakna, WhatsApp sudah melepaskannya secara berperingkat kepada pengguna awam versi WhatsApp stabil.

Sebelum ini, peranti yang sama juga menerima ciri reaksi di WhatsApp Status sebelum beberapa hari lebih ramai pembaca berkongsi mereka mula menerima.

Berkaitan

  • Pengguna Malaysia Mula Terima Ciri 'Reaction' Pada Status WhatsApp Pula
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • 'Voice Note' Di Status WhatsApp? Ia Sedang Diuji
  • Panggilan WhatsApp Boleh Disertai Melalui Pautan
  • WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama

Jangkaan kami, anda juga akan menerima ciri Status di Chats ini dalam masa beberapa hari lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY