Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama

WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama

Diterbitkan September 27, 2022 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mendedahkan kerentanan kritikal yang telah ditampal dalam versi aplikasi yang lebih baharu, tetapi masih boleh menjejaskan bagi aplikasi dengan versi lama.

Menurut butiran yang diterbitkan di halaman WhatsApp Security Advisories, pepijat itu membolehkan penggodam mengeksploitasi dan melaksanakan kod sendiri pada telefon pintar mangsa dalam panggilan video yang ditetapkan.

Berkaitan

  • Satu Lagi Ciri Daripada Telegram Diuji Pada WhatsApp
  • WhatsApp Communities Mula Tersedia, Ini Yang Anda Harus Tahu
  • Panggilan WhatsApp Boleh Disertai Melalui Pautan

Kerentanan yang didedahkan dengan kod CVE-2022-36934 dalam pangkalan data kerentanan di laman sesawang Institut Piawaian dan Teknologi Negara Amerika Syarikat telah diberikan skor kritikal sebanyak 9.8 daripada 10 pada skala CVE. Ia bersamaan dengan tahap ancaman tertinggi yang mungkin “kritikal.”

Dalam kemas kini yang sama, WhatsApp juga berkongsi perincian mengenai kerentanan lain iaitu CVE-2022-27492 yang boleh menyebabkan kod dilaksanakan apabila menerima fail berbentuk video yang berniat jahat. Dari tahap keterukan, kerentanan ini dinilai dengan skor 7.8 daripada 10.

Kedua-dua kerentanan telah pun ditampal dalam versi WhatsApp yang dikemas kini baru-baru ini dan sepatutnya sudah dibetulkan dalam mana-mana pemasangan aplikasi yang ditetapkan kemas kini secara automatik.

Namun, bagi yang tidak menetapkan kemas kini secara automatik dan masih belum melakukannya, adalah disarankan untuk berbuat demikian dengan segera. Berikut adalah versi lama yang terkesan dengan kerentanan tersebut:

  • WhatsApp untuk Android sebelum v2.22.16.12
  • WhatsApp Business untuk Android sebelum v2.22.16.12
  • WhatsApp untuk iOS sebelum v2.22.16.12
  • WhatsApp Business untuk iOS sebelum v2.22.16.12

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY