Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify offline lyric_3

Spotify Kemas Kini Sokongan Lirik Dengan Tiga Ciri Baharu

Diterbitkan Februari 5, 2026 · Dikemas kini Februari 5, 2026 oleh Amalina Athman

Spotify kini mengumumkan beberapa kemas kini pada ciri lirik yang digunakan secara meluas dalam aplikasinya.

Antara perubahan utama ialah peluasan sokongan terjemahan lirik ke peringkat global. Ciri yang diperkenalkan sejak 2022 sebelum ini hanya tersedia di pasaran terpilih, namun kini boleh digunakan di seluruh dunia.

Terjemahan akan dipaparkan berdasarkan bahasa peranti dan boleh ditukar kembali kepada lirik asal pada bila-bila masa.

Selain itu, Spotify turut menambah sokongan lirik luar talian (offline lyrics) untuk pengguna Premium. Apple Music telah terlebih dahulu menyokong ciri lirik luar talian menerusi iOS 26.2 pada Disember lalu, menjadikan Spotify kini dilihat mengejar ciri yang sama.

Dengan kemas kini ini, apabila lagu dimuat turun untuk pendengaran luar talian, lirik juga akan disimpan secara automatik.

Spotify offline lyric_2
Spotify offline lyric_3

Satu lagi perubahan melibatkan paparan pratonton lirik yang kini ditampilkan terus dalam skrin “Now Playing”.

Spotify Kemas Kini Sokongan Lirik Dengan Tiga Ciri Baharu

Sebahagian lirik akan dipaparkan di bawah album atau klip Canvas ketika lagu dimainkan, tanpa perlu membuka paparan lirik skrin penuh.

Ciri pratonton lirik ini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna Percuma dan Premium di peranti iOS dan Android, serta tablet. Pengguna juga boleh mematikan ciri ini bila-bila masa melalui menu tiga titik dan pilih “Lyrics Off”.

Berkaitan

  • Tak Perlu 'Shuffle', Pengguna Percuma Spotify Kini Boleh Main Lagu Pilihan
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Spotify Perkenal 'Prompted Playlist' - Cipta Senarai Main Ikut Arahan Sendiri
  • Spotify vs Apple Music - Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY