Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya

Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya

Diterbitkan Januari 29, 2026 ยท Dikemas kini Januari 29, 2026 oleh ariff bukhari

Dalam era digital kini muzik bukan sekadar hiburan tetapi juga sebahagian daripada gaya hidup seharian.

Jika dahulu, kaset dan CD lah menjadi penghibur dengan memainkannya di peranti pemain muzik seperti radio dan Sony Walkman.

Tetapi kini, platform servis penstriman memberikan kebebasan untuk pendengar mendengar muzik walau di mana sahaja mereka berada, 24/7 tanpa henti.

Berdasarkan data terkini pasaran, platform Spotify menerajui pasaran penstriman muzik global dengan penguasaan sebanyak 31.7%.

Sementara Apple Music pula menyaksikan peningkatkan sebanyak 12% daripada tahun lepas. kepada 110 juta pengguna di seluruh dunia.

Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya

Abaikan penstriman lain kerana artikel ini ingin berkongsikan pendapat penulis tentang 2 platform sahaja iaitu Spotify dan Apple Music.

Jadi, antara 2 platform ini, yang manakah patut anda pilih?

Apple Music dan Spotify kedua-duanya menawarkan katalog lagu yang luas melebihi 100 juta lagu, namun perbezaan harga, kualiti audio, dan ciri tambahan menjadikan pilihan ini bergantung kepada keutamaan pengguna.

Dari segi harga langganan pelan individu bagi Apple Music adalah RM16.90/bulan.

harga langgan Apple Music
Harga langgan pelan Apple Music di Malaysia.

Malah Apple juga mempunyai kelebihan pelan langganan iaitu menerusi Apple One yang merangkumi barisan servis Apple iaitu Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, Apple Fitness+ dan iCloud+ pada harga RM34.90/bulan.

Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya
Harga langganan pelan Apple One.

Spotify Premium pula yang telah meningkat harga langganannya bermula Oktober 2025 lalu dari RM15.90/bulan kini telah berharga RM17.50/bulan.

Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya
Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya
Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya
Spotify vs Apple Music – Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya

Dari sudut kualiti audio, Apple Music jelas jauh mendahului di depan dengan sokongan lossless audio sehingga 24-bit/192kHz serta Spatial Audio.

Ini memberikan pengalaman audio yang lebih mendalam, sesuai untuk peminat audio berkualiti tinggi yang pastinya akan memadankannya bersama peranti fon kepala/telinga premium.

Lossless Apple Music

Spotify pula baru sahaja memperkenalkan lossless audio pada 2025, tetapi masih terhad kepada 24-bit/44.1kHz, jauh ketinggalan dari segi resolusi bunyi.

WhatsApp Image 2026-01-29 at 17.11.01

Namun, Spotify mempunyai kelebihan dari segi kandungannya meliputi muzik, podcast dan buku audio.

Ia menjadi platform serba guna untuk mereka yang mahu lebih daripada sekadar muzik. Anda carilah apa saja lagu di Spotify, hampir semuanya ada.

Tak kiralah lagu tema kartun dari era 80an sehinggalah sekarang, segalanya ada di dalam Spotify. Kelebihan ini, tiada pada Apple Music.

Malah, tidak seperti Apple Music, Spotify boleh diakses secara percuma tanpa perlu langganan eksklusif di mana anda juga boleh terus memainkan lagu yang dipilih seperti yang disokong pada versi berbayar.

Cuma ada iklan sahaja yang perlu anda dengar selang beberapa lagu.

Namun, selepas mencuba sendiri kedua-dua servis berbayar penstriman muzik ini, Apple Music menjadi pilihan utama penulis.

apple music

Sebabnya hanya satu iaitu kelebihan audio berkualiti tinggi yang ditawarkan.

Jadi, bagi anda yang mahukan kualiti audio tanpa kompromi kualiti yang sama sepertimana sebuah CD lagu dimainkan, Apple Music adalah pilihan yang tepat.

Sebab lain pula adalah pelan berbayar Spotify lebih mahal dan makin kerap naik pula harga langganannya saban tahun kebelakangan ini dan ini merunsingkan.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Ciri 'Pelik' Windows Ini Menarik Tapi Ramai Tak Guna
  • Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
©2026 WISER.MY