Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Perkenal ‘Prompted Playlist’ – Cipta Senarai Main Ikut Arahan Sendiri

Spotify Perkenal ‘Prompted Playlist’ – Cipta Senarai Main Ikut Arahan Sendiri

Diterbitkan Disember 12, 2025 · Dikemas kini Disember 12, 2025 oleh Amalina Athman

Spotify kini memperkenalkan ciri baharu Prompted Playlist yang membolehkan pengguna mengawal sendiri apa yang muncul dalam senarai main (playlist).

Dengan bantuan kecerdasan buatan (AI), pengguna boleh menaip arahan mengikut citarasa sendiri, sama ada secara umum atau terperinci, dan Spotify akan mencipta senarai main berdasarkan arahan tersebut serta sejarah mendengar pengguna.

Pengguna boleh memperhalusi hasil Prompted Playlist dengan mengubah arahan bila-bila masa, atau menetapkannya untuk disegarkan semula secara berkala dengan lagu baharu berdasarkan arahan yang sama.

We’re entering a new era of listening. Co-President and CTO Gustav Söderström shares how Prompted Playlists is just the beginning of a more personal and intuitive Spotify. https://t.co/6YK38Nd7Rd pic.twitter.com/b13Qyu91Rf

— Spotify News (@SpotifyNews) December 10, 2025

Mulai 11 Disember, pengguna Premium di New Zealand akan mendapat akses awal kepada ciri beta terbaru ini sebelum ia diperluaskan ke pasaran lain. Menurut Spotify, ciri ini meletakkan kawalan algoritma dan pengalaman Spotify sepenuhnya di tangan pengguna.

Berkaitan

  • Tak Perlu 'Shuffle', Pengguna Percuma Spotify Kini Boleh Main Lagu Pilihan
  • Pengguna Kini Boleh Akses Spotify Terus Dalam ChatGPT
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Pengguna Spotify Kini Boleh Akses 'Wrapped 2025'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY