Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengguna free spotify 2025_2

Tak Perlu ‘Shuffle’, Pengguna Percuma Spotify Kini Boleh Main Lagu Pilihan

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas melancarkan ciri penstriman audio lossless yang lama dinantikan untuk pelanggan berbayar, Spotify kini turut menambah baik pengalaman untuk pengguna percuma.

Sebelum ini, jika pengguna percuma memilih lagu dalam album atau senarai main, aplikasi akan memutarkan lagu secara rawak. Ini menyebabkan pengguna terpaksa menekan butang skip (langkau) berulang kali untuk mendapatkan lagu yang diingini, ditambah pula dengan had hanya enam kali langkau bagi setiap jam untuk peranti mudah alih.

Dengan kemas kini terbaru, pengguna percuma kini boleh mencari dan memainkan mana-mana lagu yang diingini, atau memainkan lagu yang dikongsi oleh rakan mahupun artis yang diikuti di media sosial.

We’ve heard the feedback about Spotify Free… what works, what doesn’t, what it could be. So now we’re giving it a real update for the first time since 2018. pic.twitter.com/WKNUNzwMPr

— Daniel Ek (@eldsjal) September 15, 2025

Spotify memaklumkan bahawa ciri baharu ini sedang dilancarkan secara global untuk semua pengguna percuma. Walau bagaimanapun, ada syarat penting yang tidak disebut dalam pengumuman rasmi Spotify.

Menurut laporan TechCrunch, Spotify menjelaskan bahawa pengguna percuma hanya akan diberikan “peruntukan masa on-demand“.

Setelah had harian itu habis digunakan sepenuhnya, pengguna akan kembali terikat dengan had langkau sedia ada. Setakat ini, Spotify tidak mendedahkan berapa lama tempoh masa tersebut.

Berkaitan

  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Spotify Kini Ada Ciri Baru, Mirip AutoMix Dalam iOS 26
  • Spotify Perkenal Ciri 'Messages' - Kongsi Kandungan Terus Dalam Aplikasi
  • Spotify Akhirnya Tawar Audio Lossless Untuk Pelanggan Premium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY