Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
controller PlayStation x GTA 6

Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad

Diterbitkan September 4, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh Amalina Athman

Sony Interactive Entertainment (SIE) kini memperlihatkan pandangan pertama DualSense Wireless Controller Limited Edition bertemakan Grand Theft Auto VI (GTA 6), masing-masing hadir dalam kemasan hitam dan putih yang diinspirasikan dengan suasana Vice City.

Dikongsikan menerusi acara State of Play, kedua-dua model ini menampilkan kemasan berkilauan yang berubah mengikut cahaya, dengan gabungan warna matahari terbenam di Vice City dan cahaya neon yang sinonim dengan bandar tersebut.

Rekaan kedua-duanya turut dilengkapi perincian pokok palma, dengan tekstur tersebut boleh dirasai ketika dipegang, selain penjenamaan rasmi GTA VI.

Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad
Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad
Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad
Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad

Model White Limited Edition menggambarkan suasana Vice City pada waktu siang, termasuk pasir putih, langit berwarna pastel dan gaya santai bandar tersebut. Sementara itu, Black Limited Edition membawa suasana kehidupan malam ikonik Vice City.

Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad
Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad
Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad
Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad

Dalam GTA 6, maklum balas haptik (haptic feedback) dan adaptive triggers pada alat kawalan DualSense akan bertindak balas terhadap aksi dalam permainan secara serta-merta serta memberikan rintangan yang berbeza, untuk menghidupkan pengalaman kisah Jason dan Lucia melalui alat kawalan.

Harga dan ketersediaan

Grand Theft Auto VI Limited-Edition DualSense Wireless Controllers_Black
Grand Theft Auto VI Limited-Edition DualSense Wireless Controllers_White

Di Asia Tenggara, kedua-dua alat kawalan ini akan tersedia dalam kuantiti terhad melalui kedai terpilih. Ia akan dilancarkan pada 19 November 2026, iaitu tarikh yang sama dengan pelancaran GTA 6, pada harga RM419. Prapesan pula akan dibuka mulai 10 September jam 10:00 pagi waktu tempatan.

*Dikemas kini dengan harga dan ketersediaan untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • GTA 6 Sekali Lagi Ditangguhkan, Kini Dijadual November 2026
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pra-Tempah GTA 6 Bermula Tengah Malam Ini – Versi Fizikal Hanya Guna Kod Muat Turun
  • Selepas Insiden Kebocoran, Pratonton 26 Minit GTA 6 Kini Ditayangkan Di Netflix 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY