Rockstar Games secara rasmi mengumumkan bahawa sesi pra-tempahan bagi permainan video paling dinantikan dekad ini, Grand Theft Auto VI (GTA 6), bakal dibuka bermula jam 12 tengah malam ini (25 Jun 2026) mengikut waktu tempatan di seluruh dunia.
Seiring dengan pengumuman tersebut, judul yang memfokuskan kepada jalan cerita watak Jason dan Lucia ini disahkan akan dilancar secara rasmi pada 19 November 2026 eksklusif untuk konsol generasi semasa iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
Bagi pasaran global, GTA 6 akan ditawarkan dalam beberapa pilihan varian termasuk versi Standard pada harga $79.99 (sekitar RM330) serta versi premium Grand Theft Auto VI: Ultimate Edition berharga $99.99 (sekitar RM413).
Varian Ultimate Edition ini bakal memuatkan koleksi eksklusif kenderaan premium, senjata, pakaian, serta akses tugasan tambahan.
Menariknya, semua pelanggan yang melakukan pra-tempahan digital atau pembelian fizikal sebelum tarikh 20 November akan menerima ganjaran percuma berupa Vintage Vice City Pack dan langganan percuma selama sebulan untuk servis GTA+.
Satu perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh para peminat adalah fasa muat turun awal (pre-load) digital akan dibuka seminggu lebih awal iaitu pada 12 November 2026 bagi memastikan pemain sedia mengakses permainan sejurus hari pelancaran.
Bagi pasaran fizikal pula, Rockstar mengesahkan bahawa tiada cakera optik disertakan di dalam kotak, sebaliknya ia hanya mengandungi kod muat turun digital yang turut mula diedarkan pada 12 November bagi menyokong proses muat turun awal tersebut.
artikel akan dikemas kini dengan harga rasmi bagi pasaran Malaysia kelak.
Harga Rasmi di Malaysia

- Edisi standard – RM339
- Edisi ultimate – RM419
{suggest}
