Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2026-08-28 at 08.27.20

Selepas Insiden Kebocoran, Pratonton 26 Minit GTA 6 Kini Ditayangkan Di Netflix 

Diterbitkan Ogos 28, 2026 · Dikemas kini Ogos 28, 2026 oleh ariff bukhari

Rockstar Games pada Khamis telah melancarkan buat pertama kalinya di platform Netflix, satu tayangan pratonton bagi judul permainan video Grand Theft Auto (GTA) yang paling dinantikan, yang bakal dikeluarkan secara rasmi pada bulan November ini selepas penangguhan berbulan-bulan serta insiden kebocoran maklumat baru-baru ini.

Pratonton berdurasi 26 minit bagi GTA 6 itu menampilkan pelbagai watak dan latar tempat di Vice City, sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan daripada Miami.

Ia bermula dengan watak utama permainan tersebut, Jason, ketika dia melarikan diri daripada serbuan dadah sambil menyandang beg sandang merah di bahunya, di samping rakan penjenayah baharunya, Lucia.

Simbol pada skrin menunjukkan bahawa pemain akan mempunyai pilihan untuk membolehkan kedua-dua watak tersebut berpegangan tangan.

Pasangan watak itu digambarkan seperti duo penjenayah terkenal Bonnie dan Clyde, merujuk kepada pasangan penjenayah Amerika pada awal abad ke-20 yang merompak bank sebelum akhirnya diendap dan ditembak mati oleh pihak polis.

Pratonton tersebut turut membawa penonton menyaksikan aksi kejar-mengejar kereta, kelab malam, pertemuan di atas bumbung bangunan, serta pelbagai adegan tembak-menembak.

GTA 6 pada asalnya dijadualkan untuk dilancarkan pada akhir tahun 2025, namun tarikh rasminya kini ditetapkan pada 19 November.

Versi terdahulu, GTA 5, yang dikeluarkan pada tahun 2013 telah terjual melebihi 200 juta unit; walau bagaimanapun, jumlah tempahan awal bagi GTA 6 masih belum dipastikan.

Sesetengah pengguna di seluruh dunia melaporkan gangguan perkhidmatan pada platform Netflix pada tengah hari Khamis apabila pratonton tersebut mula dimuat naik.

Pratonton itu akan dikeluarkan di platform YouTube kemudian pada hari Khamis.

Netflix dan Rockstar pernah bekerjasama sebelum ini untuk menyediakan versi lama GTA pada bahagian permainan mudah alih (mobile gaming) Netflix.

Klip video terbaharu permainan itu mula bocor di talian sejak 18 Ogos, satu situasi yang disifatkan oleh Rockstar sebagai “sangat menyedihkan.”

 

“Ini sememangnya bukan cara yang kami inginkan untuk anda melihat permainan ini selepas sekian lama menanti,” kata Rockstar dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Syarikat tersebut telah memperoleh perintah mahkamah pada Jumaat yang mewajibkan Microsoft dan Discord menyerahkan data bagi mengenalpasti sumber di sebalik kebocoran maklumat permainan video berkenaan.

Dua hakim persekutuan di New York telah meluluskan permohonan sepina itu, yang difailkan sehari sebelumnya, menurut dokumen mahkamah yang diteliti oleh AFP.

Kejadian kebocoran tersebut dikaitkan dengan satu akaun yang menggunakan nama samaran Cyberleek, di mana pemiliknya mendakwa bertindak sedemikian bagi mendedahkan amalan perniagaan industri permainan video.

Syarikat induk Rockstar, Take-Two, telah menimbulkan kemarahan peminat awal tahun ini apabila membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang salinan fizikal bagi permainan tersebut.

Syarikat itu juga berdepan kritikan kerana menawarkan versi permainan yang mengandungi kandungan tambahan pada harga yang lebih tinggi.

Minggu lalu, satu unit Tentera Darat AS menawarkan cuti empat hari kepada anggota tentera untuk bermain permainan baharu ini sebagai ganti kepada penyertaan semula perkhidmatan bagi tempoh tambahan, menurut memotet yang dilaporkan oleh laman berita ketenteraan Task & Purpose.

Setakat ini, dilaporkan seramai 20 daripada 130 anggota yang layak telah menerima tawaran tersebut, yang mengenakan komitmen minimum selama dua tahun. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Mahkamah Lulus Permohonan Take-Two, Microsoft Dan Discord Diminta Serahkan Data Untuk Jejak Sumber Kebocoran GTA 6
  • Rockstar Akhirnya Bersuara Mengenai Kebocoran GTA 6, Akui "Amat Mendukacitakan"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY