Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6_

GTA 6 Sekali Lagi Ditangguhkan, Kini Dijadual November 2026

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini November 7, 2025 oleh Amalina Athman

Grand Theft Auto VI (GTA 6) sekali lagi ditangguhkan dan pelancaran kini dijadualkan pada 19 November 2026.

Dalam kenyataan hari ini, Rockstar Games menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan bulan-bulan tambahan ini membolehkan mereka menyiapkan permainan dengan tahap kesempurnaan yang dijangkakan oleh pemain.

Hi everyone,

Grand Theft Auto VI will now release on Thursday, November 19, 2026.

We are sorry for adding additional time to what we realize has been a long wait, but these extra months will allow us to finish the game with the level of polish you have come to expect and… pic.twitter.com/yLX9KIiDzX

— Rockstar Games (@RockstarGames) November 6, 2025

Sementara itu, CEO Take Two Strauss Zelnick dalam temu bual bersama The Game Business berkata,

“Apabila kami menetapkan tarikh, kami benar-benar mempercayainya. Kami katakan ketika menetapkan tarikh terakhir, jika sesuatu permainan memerlukan lebih banyak penambahbaikan untuk menjadi versi terbaiknya, maka kami akan memberikan permainan itu lebih masa. Dan itulah yang berlaku. Kami berasa yakin dengan tarikh pelancaran ini. Ia masih dalam tahun kewangan yang sama…”

Sebelum ini, GTA 6 dijangka dilancarkan pada musim luruh 2025, iaitu sekitar September. Namun, ia kemudian telah ditunda ke 26 Mei 2026. Dengan pengumuman terbaharu ini, peminat siri GTA nampaknya perlu menunggu lebih lama untuk mencuba permainan video ini.

GTA 6 akan berlatar di Vice City dan menampilkan dua watak protagonis, Jason Duval dan Lucia Caminos. Treler pertama GTA 6 telah ditayangkan pada Disember 2023, dan diikuti treler kedua pada Mei 2025.

Berkaitan

  • "Memang Berbaloi Tunggu GTA 6" CEO Take-Two
  • Rockstar Sahkan GTA 6 Ditangguh Hingga Tahun Depan
  • Treler Kedua GTA 6 Kini Tersedia Dengan Pandangan Lebih Dekat Latar Permainan
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY