Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri realme C100 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM599

Siri realme C100 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM599

Diterbitkan Mei 7, 2026 ยท Dikemas kini Mei 7, 2026 oleh Amalina Athman

realme secara rasmi hari ini melancarkan siri realme C100 untuk pasaran Malaysia. Siri ini hadir dengan dua model, realme C100 5G dan realme C100i, yang memfokuskan kepada ketahanan bateri serta pengalaman penggunaan harian yang lebih lancar dalam segmen mampu milik.

realme C100 5G

17727920717318c3bb66bb5e84afdb161a0ad2f1b7e3b – Copy

realme C100 5G menampilkan skrin 6.8-inci HD 144Hz dengan tahap kecerahan sehingga 900 nits. Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 5G bersama sokongan 4GB RAM LPDDR4X dan storan 256GB eMMC5.1.

Siri realme C100 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM599

realme C100 turut dilengkapi kamera utama 50MP AI, 300% Ultra Volume, dan realme UI 7.0 berasaskan Android 16. Untuk kuasa, peranti ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 7,000mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar.

Siri realme C100 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM599

Antara ciri lain yang turut disertakan termasuk sokongan Bluetooth 5.3, Wi-Fi 5, NFC, ciri AI, ketahanan kejutan gred ketenteraan, perlindungan ArmorShell serta penarafan IP64 tahan habuk dan percikan air.

Dua pilihan warna tersedia iaitu Blooming Purple dan Sprouting Green.

realme C100i

Bagi pengguna yang mahukan pilihan lebih mampu milik, realme turut memperkenalkan realme C100i.

realme c100i_3

realme C100i dilengkapi skrin 6.8-inci HD dengan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 900 nits. Sama seperti model C100 5G, peranti ini juga hadir dengan bateri 7,000mAh, namun menyokong pengecasan 15W.

realme C100i dikuasakan cip T7250 yang digandingkan bersama 4GB RAM LPDDR4X dan storan 128GB berasaskan eMMC5.1. Dari segi kamera, ia dimuatkan kamera belakang 8MP bersama 5MP swafoto.

Siri realme C100 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM599

Untuk ketahanan, model ini menyokong penarafan IP64 serta ketahanan jatuh sehingga 2 meter. Ia juga dilengkapi beberapa ciri AI seperti AI Eraser, AI Clear Face, Circle to Search dan integrasi Google Gemini.

177561594404989cc9fced9c74aa3a3efbaae5ea7b359 (1)

Antara lainnya termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.2, serta ditawarkan dalam pilihan warna Dawn Purple dan Dusk Gray.

Harga dan ketersediaan

realme C100i dijual di Malaysia pada harga RM599.

Sementara itu, realme C100 5G ditawarkan pada harga bermula RM1,099, namun realme turut menyediakan harga promosi RM899 dari 9 Mei hingga 7 Jun 2026.

Siri realme C100 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM599
Siri realme C100 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM599

Kedua-dua model akan dijual di Malaysia bermula 9 Mei 2026 menerusi kedai rasmi realme, pengedar sah serta platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi realme.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY