Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 16 pro series

realme 16 Pro & realme 16 Pro+ Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,599

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh Amsyar Latif

realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan barisan telefon pintar terbaharu mereka, realme 16 Pro dan realme 16 Pro+. Siri kali ini memfokuskan kepada keupayaan fotografi potret 200MP serta ketahanan bateri luar biasa yang mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan.

Kedua-dua model ini hadir dengan kapasiti bateri 7,000mAh Titan Battery yang menyokong pengecasan pantas 80W Ultra Charge. Dari segi paparan, realme menggunakan panel AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak sehingga 6,500 nits, menjadikannya antara skrin paling cerah dalam kelasnya.

Walaupun kedua-duanya berkongsi sensor utama 200MP LumaColor, terdapat perbezaan ketara dari segi perkakasan dalaman:

realme 16 Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7300 Max (4nm) dengan rekaan skrin rata. Model ini lebih nipis (7.75mm) dan ringan untuk keselesaan pegangan.

Sementara, realme 16 Pro+ menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 4 (4nm). Model premium ini turut dilengkapi lensa periskop telefoto 50MP dengan zum optikal 3.5x serta skrin melengkung (curved) yang dilindungi Corning Gorilla Glass 7i.

Siri realme 16 Pro ini bukan sahaja berkuasa, malah dibina untuk ketahanan fizikal yang tinggi. Ia hadir dengan pensijilan IP68/IP69K (tahan air dan debu) serta melepasi piawaian ketahanan hentaman MIL-STD-810H.

Kedua-dua telefon ini juga menyokong kemas kini 3 tahun OS dan 4 tahun tampalan keselamatan.

Harga dan Ketersediaan

Pra-tempah bagi kedua-dua model ini telah pun dibuka sehingga jualan rasmi bermula pada 11 April 2026. Berikut adalah harga rasmi mengikut varian:

  • realme 16 Pro 12GB+256GB – RM1599
  • realme 16 Pro 12GB+512GB – RM1,899
  • realme 16 Pro+ 12GB+512GB – RM2,299

Bagi mereka yang membuat pra-tempahan dengan deposit RM20, realme menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM897 yang merangkumi Smart Band, rebat tunai RM100, serta jaminan tambahan untuk skrin dan waranti peranti selama satu tahun.

Berkaitan

  • realme GT 8 Pro VS Ricoh GR IIIx : Sejauh Mana Boleh Kejar Kamera Kompak
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • realme Note 80 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY