Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Apple_1

Siri Dalam iOS 27 Dijangka Boleh Terima Beberapa Arahan Sekali Gus

Diterbitkan April 1, 2026 · Dikemas kini April 1, 2026 oleh Amalina Athman

Versi Siri yang dikemas kini dalam iOS 27 dijangka membolehkan pengguna memberi beberapa arahan sekali gus dalam satu pertanyaan, lapor Bloomberg,

Sebagai contoh, pengguna boleh meminta Siri memeriksa cuaca, menetapkan janji temu dalam kalendar dan menyemak berita terkini, semuanya dalam satu arahan sahaja.

Ketika ini, Siri memerlukan pengguna membuat permintaan secara berasingan, menjadikannya kurang kompetitif berbanding pembantu kecerdasan buatan (AI) yang lebih baharu.

Apple has also tested an updated keyboard that works more like Grammarly. It suggests alternative words in addition to word fixes like today’s autocorrect. No final decision on releasing it. https://t.co/MFT8FjxcbZ

— Mark Gurman (@markgurman) March 31, 2026

 

Dengan kemas kini akan datang, ia dijangka menjadi transformasi menyeluruh bagi pembantu suara Apple dalam iOS 27. Daripada berfungsi sebagai pembantu AI hingga aplikasi kendiri, Siri berpotensi menjadi tumpuan utama di WWDC 2026.

Selain itu, Apple turut menguji versi papan kekunci baharu yang berfungsi seperti Grammarly. Bukan sahaja membetulkan kesilapan ejaan, ia juga akan mencadangkan pembetulan tatabahasa dan perkataan alternatif. Namun, Apple dilaporkan masih belum membuat keputusan sama ada ciri ini akan dimasukkan dalam iOS 27 atau sebaliknya.

Apple akan memperkenalkan iOS 27 buat pertama kali pada 8 Jun semasa WWDC 2026 bermula.

Berkaitan

  • Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence - Termasuk Siri Versi Baharu
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Dilapor Bakal Rombak Siri, Jadikan 'Chatbot' Terbina Dalam iOS 27
  • Apple 50 Tahun: Apple Masih Perlahan Dalam AI Generatif Berbanding Pesaing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY