Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sahkan WWDC 2026 8 Hingga 12 Jun – Dijangka Dedahkan iOS 27, Perkembangan AI

Apple Sahkan WWDC 2026 8 Hingga 12 Jun – Dijangka Dedahkan iOS 27, Perkembangan AI

Diterbitkan Mac 24, 2026 · Dikemas kini Mac 24, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mengumumkan Persidangan Pembangun Sedunia (WWDC) tahunannya akan berlangsung dari 8 hingga 12 Jun 2026.

Seperti biasa, WWDC menjadi pentas utama Apple untuk memperkenalkan kemas kini utama perisian dan hala tuju teknologi dalam tempoh setahun akan datang. Tahun ini, ia bakal tertumpu kepada perkembangan dalam kecerdasan buatan.

Bagi sistem operasi, Apple dijangka memberi pratonton awal iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27, visionOS 27 dan tvOS 27, membolehkan pembangun melihat ciri baharu lebih awal. Selain itu, Apple juga akan memperkenalkan alat pembangunan yang dikemas kini untuk komuniti pembangun.

Maklumat lanjut mengenai WWDC26 akan dikongsikan dari semasa ke semasa melalui aplikasi Apple Developer, laman rasmi dan saluran YouTube Apple Developer. Pembangun juga boleh mengikuti perkembangan acara ini di LinkedIn, WeChat serta bilibili di China.

Berkaitan

  • Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence - Termasuk Siri Versi Baharu
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Dilapor Bakal Rombak Siri, Jadikan 'Chatbot' Terbina Dalam iOS 27
  • MacBook Neo RM2499: Ini Pandangan Saya Sebagai Pengguna Mac
  • MCMC: Risiko Keselamatan Dikesan, Pengguna Apple Disaran Kemas Kini iOS Segera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY