Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poco f7 pro

Senarai Telefon Xiaomi Yang Sokong Kemas Kini 6 Tahun

Diterbitkan April 4, 2025 · Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Pada masa kini, kebanyakan pengguna tidak memandang spesifikasi atau ciri AI semata-mata pada telefon pintar baharu. Mereka akan melihat kepada servis selepas jualan dan juga sokongan kemas kini.

Untuk telefon Android, jenama yang menawarkan kemas kini paling lama ialah Google dan Samsung. Kemudian, makin banyak yang mengikut jejak langkah tersebut seperti HONOR dan tidak dilupakan juga Xiaomi.

Sebelum ini, Redmi Note 14 4G menerima sokongan kemas kini sehingga 6 tahun di mana 4 tahun OS dan 2 tahun keselamatan. Oleh itu, bagi meneruskan komitmen tersebut, Xiaomi menambah dua lagi peranti baharu ke dalam senarai sokongan kemas kini 6 tahun, iaitu POCO F7 Pro dan F7 Ultra.

poco kemas kini

Bermakna, tahun akhir sokongan peranti tersebut adalah pada 2031 kelak. Ia secara tidak langsung pengguna boleh menikmati peranti ini lebih lama, seperti pesaingnya yang lain.

Kepada anda yang tertanya-tanya, berikut adalah senarai peranti Xiaomi yang menerima kemas kini sehingga 6 tahun:

  • POCO F7 Pro (sehingga 27 Mac 2031)
  • POCO F7 Ultra (sehingga 27 Mac 2031)
  • Xiaomi 15 Ultra (sehingga 1 Mac 2031)
  • Xiaomi 15 (sehingga 1 Mac 2031)
  • Redmi Note 14 (sehingga 1 Mac 2031)

Model Redmi Note 14 yang lain serta POCO X7 dan X7 Pro akan menyokong kemas kini keselamatan sehingga tahun 2029. Manakala, tablet Pad 7 dan Pad 7 Pro pula sehingga 2028.

Beli siri POCO F7 di:

  • Shopee – https://invl.me/clmm54y
  • Lazada – https://invl.me/clmm55a

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Selepas 3 Tahun Dilancar, 9 Telefon Pintar Redmi Dan Poco Ini Tidak Lagi Terima Kemas Kini Android
  • BYD Perkenal Motor Elektrik Berprestasi Tinggi, Lebih Laju Dari Tesla Dan Xiaomi
  • POCO F7 Pro Dan F7 Ultra Dilancarkan, Harga Bermula RM2039

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY