Selepas menawarkan siri POCO X7, Xiaomi Malaysia kini membawa masuk empat peranti dalam keluarga Redmi pula. Ia terdiri daripada Redmi Note 14, Redmi Note 14 5G, Redmi Note 14 Pro dan Redmi Note 14 Pro+.
Redmi Note 14
Model asas Redmi Note 14 hadir dengan pemproses MediaTek Helio G99-Ultra dengan pilihan memori terdiri 6GB atau 8GB RAM, dengan storan sehingga 256GB yang boleh diperluaskan hingga 1TB (kad microSD).
Telefon ini menampilkan skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 2400 x 1080, kadar segar semula sehingga 120Hz, dan kecerahan puncak 1800 nits. Corning Gorilla Glass 5 digunakan untuk perlindungan skrin, manakala teknologi TÜV Rheinland memastikan pengalaman tontonan yang mesra mata.
Dari segi kamera, Redmi Note 14 mempunyai kamera utama 108MP dengan teknologi 9-dalam-1 piksel binning, kamera makro 2MP, kamera kedalaman 2MP, dan kamera swafoto 20MP. Dengan bateri besar 5500mAh dan pengecasan pantas 33W, telefon ini sesuai untuk penggunaan sepanjang hari.
Redmi Note 14 5G
Redmi Note 14 5G pula dikuasakan pemproses MediaTek Dimensity 7025-Ultra. Pilihan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB memberikan kapasiti yang mencukupi untuk penggunaan intensif.
Skrin AMOLED 6.67 inci pada model ini menyokong kecerahan maksimum 2100 nits dan kadar segar semula 120Hz. Kamera utamanya juga beresolusi 108MP dengan OIS untuk kestabilan imej, dilengkapi kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan 20MP sesuai untuk swafoto.
Bateri berkapasiti 5110mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan telefon ini bertahan lama tanpa masalah. Reka bentuknya ringan dengan perlindungan IP64.
Redmi Note 14 Pro 5G
Redmi Note 14 Pro 5G hadir dengan kamera utama 200MP yang dilengkapi OIS, teknologi 16-dalam-1 piksel binning, dan lensa 7P untuk imej berkualiti tinggi. Kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP melengkapkan pengalaman fotografi.
Skrin CrystalRes AMOLED 6.67 inci menawarkan resolusi 1.5K (2712 x 1220) dengan kecerahan maksimum sehingga 3000 nits. Ia menyokong Dolby Vision dan HDR10+ untuk pengalaman tontonan premium, manakala kaca Corning Gorilla Victus 2 memastikan ketahanan skrin.
Telefon ini dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 7300-Ultra, RAM sehingga 12GB, dan storan sehingga 512GB. Ia dibekalkan bateri 5110mAh dan pengecasan pantas 45W.
Redmi Note 14 Pro+ 5G
Model paling canggih, Redmi Note 14 Pro+ 5G, dilengkapi kamera utama 200MP yang sama seperti Pro 5G, tetapi menampilkan tambahan ciri AI seperti AI Interpreter, AI Notes, dan AI Subtitles.
Skrin CrystalRes AMOLED pada model ini menampilkan kecerahan maksimum 3000 nits, sokongan Dolby Vision, dan warna 12-bit untuk pengalaman visual luar biasa.
Dikuasakan oleh Snapdragon 7s Gen 3, telefon ini menawarkan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Dengan bateri 5110mAh dan pengecasan ultra pantas 120W HyperCharge, pengguna dapat mengecas penuh telefon dalam masa yang singkat.
Tambahan lagi, kedua-dua model pro bukan sahaja dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2, tetapi ia mempunyai penarafan kalis air serta debu IP68.
Harga
Redmi Note 14 4G dijual pada harga RM699, sementara model 5G pula RM799 (6+128GB) dan RM899 (8+256GB).
Untuk Redmi Note 14 Pro 5G, RM1199 (8+256GB), RM1299 (12+256GB) dan Redmi Note 14 Pro+ 5G pula RM1699 (12+256GB) dan RM1899 (12+512GB).
Bagi yang berminat, prapesan bermula 11 Januari hingga 15 Januari ini dan akan dapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1537. Sementara pelanggan yang prapesan mana-mana Redmi Note 14 Pro di stor Xiaomi dalam tempoh sama pula akan menerima hadiah percuma Xiaomi Smart Air Purifier 4.
{suggest}