Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD motor elektrik 2

BYD Perkenal Motor Elektrik Berprestasi Tinggi, Lebih Laju Dari Tesla Dan Xiaomi

Diterbitkan Mac 21, 2025 oleh ariff bukhari

BYD telah memperkenalkan motor elektrik berprestasi tinggi dengan kelajuan 30,511 rpm serta kuasa 580 kW, menjadikannya antara motor terpantas dalam industri, sekali gus mengatasi motor elektrik yang ada pada EV Xiaomi SU7 Ultra dan Tesla Plaid S.

Motor elektrik yang dibangunkan BYD ini menggunakan magnet N50EH yang meningkatkan prestasi magnet sebanyak 18%, selain mengurangkan kehilangan arus sebanyak 44%.

Yang menariknya, motor canggih ini akan dipasang pada model Han L dan Tang L, iaitu kereta sedan dan SUV keluarga, bukannya pada model mewah seperti Yangwang.

Dalam ujian kelajuan yang didedahkan, Han L mampu mencapai dari 0-100 km/j dalam 2.7 saat dan Tang L sepantas 3.6 saat. Ia merupakan atu prestasi luar biasa untuk kenderaan keluarga.

BYD Perkenal Motor Elektrik Berprestasi Tinggi, Lebih Laju Dari Tesla Dan Xiaomi
Model BYD Tang L
han-l-ev-pc (2)
Model BYD Han L
BYD motor elektrik

 

Namun, perkara ini menimbulkan kebimbangan awam tentang risiko keselamatan, terutamanya bagi pemandu yang tidak biasa dengan kereta berkuasa tinggi.

Ramai berharap BYD akan memperkenalkan ciri-ciri keselamatan tambahan untuk mengawal penggunaan kuasa maksimum, seperti mod latihan atau penguncian prestasi tertinggi secara awal.

Sebelum ini telah dilaporkan  BYD memperkenalkan teknologi pengecasan ultra pantas baharu yang mampu mengecas bateri EV sepantas 5 minit yang memberikan julat sejauh 400KM.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam
  • BYD Perkenal Sistem Pengecas EV Baharu, 5 Minit Cas Beri Julat 400KM

Sumber: Car News China, BYD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY