Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal – Omdia

Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal – Omdia

Diterbitkan November 25, 2026 · Dikemas kini November 25, 2026 oleh ariff bukhari

Pengguna yang merancang untuk membeli TV LCD baharu dijangka terpaksa membayar lebih apabila  harga jualan bagi TV dengan panel LCD bersaiz 65 inci dijangka meningkat pada lewat tahun ini.

Ia berikutan, kos pembuatan bagi  panel TV LCD 65 inci dijangka meningkat sebanyak 6.5% pada suku keempat 2026.

Berdasarkan kepada laporan firma penyelidikan pasaran Omdia, peningkatan kos ini berikutan kenaikan harga papan litar bercetak (PCB).

Peningkatan ini berlaku ekoran permintaan yang semakin tinggi daripada industri kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam pengeluaran pelayan AI yang memerlukan komponen PCB dalam jumlah yang besar.

Omdia menjelaskan, perkembangan pesat sektor AI telah memberi kesan kepada rantaian bekalan elektronik global.

Permintaan yang tinggi terhadap PCB telah menyebabkan bekalan menjadi lebih ketat, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran panel TV.

Selain itu, kenaikan harga bahan mentah dan komponen lain turut menyumbang kepada tekanan kos dalam industri paparan.

“Pengeluar panel dari China sedang menuntut harga yang lebih tinggi, manakala jenama televisyen dan pengeluar peralatan asal (OEM) sudah pun membayar lebih untuk semikonduktor yang digunakan dalam papan litar televisyen,” Tadashi Uno, Pengurus Penyelidikan di Omdia.

Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal – Omdia

Antara komponen yang mengalami peningkatan kos ialah kaca paparan, yang merupakan bahan paling mahal dalam penghasilan panel LCD.

Harga kaca paparan dilaporkan meningkat dengan ketara sejak 2023.

Walau bagaimanapun, kesan kenaikan tersebut sedikit sebanyak dikurangkan oleh perubahan kadar pertukaran mata wang.

Pada masa sama, pembekal filem polarizer telah menaikkan harga antara 10% hingga 20% sepanjang tahun 2026.

Namun, persaingan dalam kalangan pengeluar China membantu mengekang peningkatan harga yang lebih tinggi.

Harga cip pemacu (driver IC) pula kekal relatif stabil.

Omdia turut memberi amaran bahawa sekiranya harga polarizer dan cip pemacu meningkat pada masa hadapan, kos pengeluaran panel LCD boleh melonjak melebihi 10% berbanding tahun sebelumnya.

Keadaan ini dijangka memberi tekanan kepada pengeluar TV dan jenama elektronik yang kini berdepan kos komponen lebih tinggi.

Akibatnya, rundingan harga antara pembuat panel dan pengeluar TV menjadi semakin mencabar, sekali gus berpotensi membawa kepada kenaikan harga televisyen kepada pengguna pada masa akan datang.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • LG Nafi Keras TV Pintar Mereka Intip Penggunanya
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
©2026 WISER.MY