Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poco m4 pro-min

Selepas 3 Tahun Dilancar, 9 Telefon Pintar Redmi Dan Poco Ini Tidak Lagi Terima Kemas Kini Android

Diterbitkan Februari 5, 2025 · Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi kini telah menambah beberapa model peranti mereka ke dalam senarai End-of-Life (EoL) yang menandakan peranti terlibat tidak lagi akan menerima sokongan kemas kini perisian.

Sebelum ini, sokongan untuk Xiaomi Pad 5 dan Redmi Note 11 Pro telah dihentikan pada Oktober 2024. Kini, baki model Redmi Note 11 serta beberapa peranti lain dari jenama Redmi dan Poco turut dimasukkan ke dalam senarai EoL ini.

Sebanyak 9 model peranti kini tidak lagi menerima kemas kini MIUI atau tampalan keselamatan Android iaitu:

  • Redmi Note 11 SE
  • Redmi Note 11S 5G
  • Redmi Note 11S
  • Redmi Note 11 5G
  • Redmi Note 11
  • Redmi 10C
  • Redmi 10 2022
  • Poco X4 Pro 5G
  • Poco M4 Pro

Keputusan ini adalah sebahagian daripada polisi kitaran hayat Xiaomi, yang bermakna peranti dalam senarai ini berisiko terhadap kelemahan keselamatan jangka panjang.

Pengguna yang masih menggunakan peranti tersebut disarankan untuk mempertimbangkan alternatif seperti mendapatkan peranti Xiaomi terbaru yang menyokong kemas kini semasa.

Alternatifnya, pengguna yang mempunyai pengetahuan teknikal mendalam boleh memasang ROM tersuai berdasarkan versi Android terkini untuk memastikan peranti lama mereka terus beroperasi dengan selamat dan lancar.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Apple Lancar Aplikasi Sosial Baharu Untuk Pengguna iPhone
  • Switch Tawar Promosi Tukar Bateri Siri iPhone 13 Di 4 Lokasi Ini

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY