Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi pad 7

Siri Xiaomi Pad 7 Tiba Di Malaysia – Skrin 3.2K, Cip Snapdragon, Harga Serendah RM1,299

Diterbitkan Mac 2, 2025 · Dikemas kini Mac 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi turut memperkenalkan siri Xiaomi Pad 7, terdiri daripada Xiaomi Pad 7 Pro dan Xiaomi Pad 7, yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan hiburan. Tablet ini menampilkan skrin 11.2 inci 3.2K dengan kadar segar semula 144Hz, empat pembesar suara Dolby Atmos, dan HyperOS 2 yang membawa pengalaman HyperAI dan HyperConnect untuk integrasi peranti lebih lancar.

Xiaomi Pad 7 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8s Gen 3, menyokong Wi-Fi 7, serta mempunyai kamera 50MP belakang dan 32MP AON depan untuk kualiti fotografi dan video profesional. Dilengkapi bateri 8850mAh dengan 67W HyperCharge, ia menawarkan pengecasan penuh dalam hanya 79 minit. Ciri keselamatan dipertingkatkan dengan sensor cap jari sisi.

Sementara itu, Xiaomi Pad 7 hadir dengan Snapdragon 7+ Gen 3, kamera 13MP belakang dan 8MP depan, serta menyokong Wi-Fi 6E. Dengan bateri 8840mAh dan 45W Turbo Charging, ia dicas penuh dalam 103 minit, sesuai untuk pengguna yang mencari keseimbangan antara kerja dan hiburan.

Kedua-dua model disokong oleh aksesori seperti Xiaomi Pad 7/7 Pro Focus Keyboard, Xiaomi Focus Pen dengan latensi rendah ms-level dan 8192 aras tekanan, serta Protective Cover yang memberikan perlindungan premium. Siri Xiaomi Pad 7 tersedia dalam tiga warna – Blue, Gray, dan Green.

Xiaomi pad 7

Harga

Siri Xiaomi Pad 7 kini tersedia dengan harga bermula RM1,299. Untuk Xiaomi Pad 7 Pro, model 8GB + 256GB (Online Exclusive) ditawarkan pada harga RM2,499, dengan rebat RM100. Manakala model 12GB + 512GB berharga RM2,699, dengan pembelian disertakan secara percuma Xiaomi Pad 7/7 Pro Keyboard (bernilai RM499) dan Xiaomi Focus Pen (bernilai RM399).

Bagi Xiaomi Pad 7, model 8GB + 128GB (Online Exclusive) boleh didapati pada harga RM1,299, dengan rebat RM100. Sementara itu, model 8GB + 256GB berharga RM1,599, dan setiap pembelian akan menerima Xiaomi Pad 7/7 Pro Keyboard (bernilai RM499) serta Xiaomi Focus Pen (bernilai RM399) secara percuma.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Xiaomi 15 Ultra Dilancar - Reka Bentuk Ikonik, Fokus Fotografi, Harga Dari RM5,199
  • Xiaomi 15 Kini Di Malaysia - Snapdragon 8 Elite, Skrin 3200 Nits, Harga Bermula RM3,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY