Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro liga M

Semua Pelanggan Astro Dapat Akses Tanpa Caj Tambahan Tonton 219 Perlawanan Liga Malaysia Musim 2024/25 Dalam HD

Diterbitkan Mei 3, 2024 · Dikemas kini Mei 3, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik buat pelanggan Astro juga dimana semua pelanggan Astro dapat menikmati akses  tanpa caj tambahan untuk semua perlawanan siaran langsung Liga Malaysia untuk musim  baru yang merangkumi perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super,  Piala FA dan juga Piala Malaysia dalam definisi tinggi (HD) di Arena Bola (Saluran 803 & 804)  dan Astro Arena (Saluran 801 & 802) atau dengan melayari Astro GO.

Astro selaku penyiar rasmi Liga  Malaysia bagi musim kedua tahun ini akan membawakan sebanyak 219 perlawanan dalam  Definisi Tinggi (HD) bermula dengan perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah)  di antara JDT dan Selangor FC bermula 10 Mei ini. 

Astro liga M

Bukan itu saja, bermula seawal musim, peminat berpeluang untuk menyertai Ultimate Super  Liga Fantasy dan Sooka Score Predictor yang julung kali akan diadakan pada musim ini.

Peminat boleh menikmati pengalaman hebat ini dan berpeluang memenangi hadiah wang  tunai berjumlah RM45,000. Selain itu, 3,000 tiket turut akan diberikan kepada peminat  bertuah untuk sepanjang musim ini.  

Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan Liga Malaysia di Arena Bola (Saluran 803 dan  Saluran 804) yang boleh ditonton oleh pelanggan Astro mulai 3 Mei 2024.

Untuk pelanggan baru Astro, saksikan semua aksi Liga Malaysia dengan Astro Baharu bermula dari harga  RM41.99/bulanan dengan potongan sebanyak 30%.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY