Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Posted on Oktober 21, 2024Oktober 21, 2024

Telefon pintar lipat semakin menjadi trend masa kini yang menjadi kegilaan pengguna. Tarikan utamanya sudah tentulah kerana ia lebih kelihatan bergaya dan pemakainya nampak lebih elegan, sofistikated dan moden.

Walaupun makin banyak pengeluar yang menghasilkan telefon pintar lipat, tapi ada sebuah peranti yang mempunyai kelebihan dan keunikan berbanding pesaingnya, iaitu Xiaomi MIX Flip.

Xiaomi MIX Flip merupakan satu inovasi baharu dalam dunia telefon pintar, di mana ia menggabungkan teknologi, rekaan yang moden dan terkini, serta prestasi mengagumkan.

Merupakan telefon lipat ‘flip’ pertama dari Xiaomi, mereka berjaya menghasilkan peranti ini dengan kualiti baik dengan spesifikasi terkini.

Sekali gus memberikan pengalaman baharu yang menggabungkan gaya, prestasi andalan, serta teknologi canggih dalam bentuk yang kompak.

Rekaan Kompak Dan Bergaya

Xiaomi MIX Flip telah menetapkan semula konsep telefon lipat dengan pendekatan yang lebih moden. 

Telefon ini apabila dibuka, ia menjustifikasikan rekaan andalan sebenar, dengan memberikan visual yang akan menarik mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

Telefon ini sememangnya kompak tetapi pada masa sama masih lagi bergaya yang memberikannya sedikit kelebihan berbanding peranti pesaingnya.

Xiaomi MIX Flip telah menetapkan semula konsep telefon lipat dengan pendekatan yang lebih moden. 

Telefon ini apabila dibuka, ia menjustifikasikan rekaan andalan sebenar, dengan memberikan visual yang akan menarik mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

Telefon ini sememangnya kompak tetapi pada masa sama masih lagi bergaya yang memberikannya sedikit kelebihan berbanding peranti pesaingnya.

Binaan belakangnya dari kaca premium serta kerangka aloi aluminium menjadikan ia kelihatan mewah dan juga tahan lasak.

Selain itu, rekaan bingkai yang sangat nipisnya memberikan sudut visual yang luas dalam saiz kompak. Engsel baharu MIX Flip menjanjikan ketahanan dan memastikan ia anggun dan bergaya.

Skrin Luar Besar Dan Inovatif

Ciri utama rekaan Xiaomi MIX Flip ini sudah tentu paparan luarnya yang imersif. Dilengkapi dengan skrin luar All Around Liquid 4.01-inci yang inovatif, ia membolehkan pengguna menikmati pengalaman penuh tanpa perlu membuka peranti. 

Inilah kelebihan apabila dipadankan dengan Xiaomi HyperOS di mana terus dari paparan luarnya, anda dapat berinteraksi dengan lancar bersama perisian dan perkakasan, menjadikan ia mudah digunakan walaupun dalam mod tertutup.

Tak perlu pun membuka peranti setiap masa, paparan luar Xiaomi MIX Flip ini sudah cukup memberikan akses penuh pada aplikasi dan perkakasan.

Malah apabila dibuka, paparan skrin lengkung empat (quad-curved screen) dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz Mix Flip memberikan kualiti visual yang lebih lancar dan imersif.

Dengan keupayaan kecerahan puncak sehingga 3000nits, ia juga sangat sesuai untuk penggunaan di bawah cahaya matahari yang terang, sekali gus menjadikan MIX Flip sebagai salah satu telefon pintar dengan pengalaman paparan yang baik dalam pasaran.

Skrin utama MIX Flip bersaiz 6.86 inci menerima penarafan HDR10+ dan Dolby Vision, menjadikannya telefon pintar dengan skrin yang terbaik dalam pasaran.

Teknologi Fotografi Leica Dalam Bentuk Kompak

Sebagai sebuah peranti andalan, Xiaomi MIX Flip sudah tentunya dipacu dengan spesifikasi berkuasa.

Xiaomi MIX Flip dimuatkan dengan 12GB RAM dengan storan 512GB. Hadir dalam 2 pilihan warna menarik, Hitam dan Ungu.

Dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang berprestasi tinggi, tapi pada masa yang sama penggunaan tenaga yang efisien, ia mampu menjalankan multitugas, permainan, atau penstriman video dengan lancar tanpa masalah dengan hayat bateri sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, telefon ini tidak melupakan kemampuan fotografinya. Ini adalah satu kelebihan sekiranya dibandingkan telefon Flip lain yang berada di pasaran.

Xiaomi memanfaatkan kerjasama mereka dengan Leica apabila menggunakan teknologi lensa optikal Leica Summilux pada peranti ini.

 

Sama ada anda ahli fotografi mahupun amatur, Xiaomi MIX Flip dengan teknologi kamera Leica membolehkan anda mengambil gambar berkualiti tinggi dengan ketajaman dan ketepatan warna menakjubkan.
Sebagai telefon pintar lipat, Mix Flip memudahkan pengguna merakam video dan gambar dalam pelbagai keadaan dan sudut dengan cara yang unik.

MIX Flip menampilkan kamera utama LEICA 50MP dengan sensor imej Light Fusion 800, telefoto floating LEICA 50MP dan juga lensa swafoto 32MP.

Sekali gus pengguna tidak perlu risau akan kualiti gambarnya kerana telefon lipat bersaiz kompak ini juga menawarkan kamera setaraf telefon berkelas andalan.

Xiaomi MIX Flip, Telefon Flip Kompak Yang Berkuasa

Xiaomi MIX Flip bukan sekadar telefon lipat biasa. Ia merupakan peranti yang menggabungkan gaya, prestasi, dan inovasi yang hebat. 

Dengan rekaan yang menawan, paparan imersif, serta prestasi andalan yang diperkasakan teknologi fotografi Leica, telefon ini menetapkan piawaian baharu dalam standard industri khususnya jenis ‘flip’.

Menjadikannya lebih berbaloi, Xiaomi kini sedang menawarkan tawaran istimewa di mana dengan setiap pembelian Xiaomi MIX Flip, anda akan dapat jam Xiaomi Watch S3 yang berharga RM699 secara percuma (promosi ini sah sehingga 31 Oktober 2024).

Tidak setakat itu, anda juga turut mendapat pakej premium bernilai RM2,528 yang meliputi pembaikan skrin percuma, akses Spotify Premium, jaminan 24 bulan dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, Xiaomi MIX Flip yang berharga RM4,999 dengan tawaran istimewa bernilai lebih RM3,000 secara percuma sekali gus menjadikannya pilihan yang paling ideal untuk anda milikinya.

*artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress