Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.2 Photos_

Mungkin Kecil Tapi Penting, iOS 18.2 Tambah Baik Aplikasi Photos

Diterbitkan November 12, 2024 · Dikemas kini November 12, 2024 oleh Amalina Athman

Dengan iOS 18, Apple telah memperkenalkan antara muka aplikasi Photos serba baharu, yang selama bertahun-tahun kelihatan hampir sama. Walaupun sesetengah pengguna menyukai kemas kini tersebut, namun tidak bagi sebilangannya.

Menerusi iOS 18.2 beta 3 pembangun, Apple akhirnya membuat perubahan kecil tetapi penting dalam aplikasi Photos.

Sebelum ini, video atau gambar dipaparkan dengan border putih (atau hitam jika mod gelap) di sekelilingnya dan pengguna perlu tap pada skrin untuk menonton dalam skrin penuh.

In iOS 18.2 Beta 3, videos in the Photos app no longer zoom in or out when you tap on them. pic.twitter.com/TbCKOwlVFg

— Beta Profiles (@BetaProfiles) November 11, 2024

Dengan iOS 18.2 kelak, video atau gambar akan sentiasa dipaparkan dalam skrin penuh, sama seperti dalam versi iOS yang lebih lama.

Bar skrol video dan kawalan main balik masih ada, tetapi ruang putih atau hitam di sekeliling video telah hilang. Sekiranya tap pada skrin hanya akan menyembunyikan dan menunjukkan butang antara muka seperti yang digunakan sebelum iOS 18.

9to5Mac_Photos iOS 18.2
Kredit: 9to5Mac

Bermakna, paparan video atau foto dalam aplikasi Photos tidak lagi akan bergerak-gerak atau “zoom in zoom out” apabila pengguna tap pada skrin.

Berkaitan

  • Cara Dapatkan Apple Intelligence Dalam iOS 18.1
  • iOS 18.2 Dijangka Hadir Dengan Anggaran Tempoh Pengecasan
  • iOS 18.2 Boleh Benarkan Pengguna Percayakan Komputer Baharu Dengan Face ID
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY