Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro Voice memo

Voice Memo Kini Sokong Rakaman Berlapis Pada iPhone 16 Pro, Pro Max

Diterbitkan Disember 12, 2024 · Dikemas kini Disember 12, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini membawakan rakaman berlapis ke aplikasi Voice Memo pada iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max.

Setelah memasang iOS 18.2, pengguna boleh melapisi rakaman vokal di atas rakaman instrumental sedia ada – tanpa memerlukan fon kepala. Gubahan instrumental boleh dimainkan melalui pembesar suara iPhone, manakala vokal dirakam secara serentak menggunakan mikrofon ‌iPhone 16 Pro‌ dan Pro Max.

Voice Memo Kini Sokong Rakaman Berlapis Pada iPhone 16 Pro, Pro Max

Apple mengatakan bahawa ciri ini dikuasakan oleh cip A18 Pro, menggunakan pemprosesan lanjutan dan pembelajaran mesin untuk mengasingkan rakaman vokal. Seterusnya, Voice Memo dapat menghasilkan dua trek individu yang membolehkan pengguna mengaplikasikan mixing dan pengeluaran tambahan dalam aplikasi seperti Logic Pro.

Dengan Voice Memo, pelbagai instrumental latar seperti gitar akustik atau piano boleh digabungkan sebagai lapisan pertama untuk rakaman.

Sementara dalam Logic Pro, artis dan pengeluar boleh menghantar campuran muzik instrumental sebagai fail compressed audio secara terus ke Voice Memo, menjadikannya mudah untuk kemudian merakam lapisan vokal di atas, di mana-mana dan pada bila-bila masa idea muncul.

https://www.youtube.com/watch?v=x88hdYjaBRo

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pengguna iOS Kini Boleh Akses SearchGPT Lebih Mudah
  • iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY