Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat

iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat

Diterbitkan Disember 12, 2024 · Dikemas kini Disember 12, 2024 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi hari ini mengeluarkan iOS 18.2 (22C152) untuk semua iPhone yang menjalankan atau menyokong iOS 18.

Pada semua iPhone yang menyokong iOS 18.2, Apple menyediakan ciri perkongsian lokasi item dalam aplikasi Find My, rekaan baharu aplikasi Mail, perubahan paparan video pada aplikasi Photos, menambah “Default Apps”  di bahagian tetapan peranti dan banyak lagi.

Bagi iPhone 15 Pro dan Pro Max, serta semua model iPhone 16, iOS 18.2 memperkenalkan ciri tambahan Apple Intelligence termasuk Genmoji, Image Playground, Image Wand dan integrasi ChatGPT untuk Siri.

iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
Image Wand

Khusus untuk barisan iPhone 16, terdapat juga ciri Visual Intelligence yang membolehkan pengguna meringkaskan dan menyalin teks, menterjemah teks antara bahasa, mengesan nombor telefon atau alamat e-mel dengan pilihan untuk menambah kenalan dan lain-lain – menggunakan butang Camera Control.

Selain itu, kemas kini iOS 18.2 turut menyediakan sejumlah penambahbaikan dan pembetulan pepijat.

iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk negara tertentu atau pada semua peranti Apple.

Untuk kemas kini iOS 18.2 secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Mungkin Kecil Tapi Penting, iOS 18.2 Tambah Baik Aplikasi Photos
  • Apple Lancar Ciri ‘Share Item Location’ AirTags Bersama 15 Syarikat Penerbangan Untuk iOS 18.2
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!
  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY