Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gantikan HBO GO, Max Akan Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi

Gantikan HBO GO, Max Akan Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi

Diterbitkan September 25, 2024 ยท Dikemas kini September 25, 2024 oleh Amalina Athman

Max, platform penstriman yang sebelumnya dikenali sebagai HBO Max, telah pun dilancarkan di Jepun hari ini dan akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Presiden Warner Bros. Discovery (WBD) untuk Asia Pasifik (APAC), James Gibbons mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan Max di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan menjelang akhir 2024, dengan menggantikan perkhidmatan HBO GO sedia ada.

Walaupun tidak dinyatakan tarikh khusus, Gibbons berkata bahawa negara-negara berkenaan akan menyaksikan pelancaran Max dalam “beberapa minggu dan bulan akan datang”.

Untuk rekod, Max sebelum ini hanya tersedia di beberapa negara di Eropah, Amerika Latin dan Amerika Syarikat berikutan isu pelesenan pasaran tempatan dan perkongsian kandungan. Sementara HBO GO ditawarkan di Asia – termasuk Malaysia, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Di Malaysia, HBO GO ketika ini ditawarkan melalui langganan pakej Astro atau Unifi TV. Ia turut menyediakan langganan secara terus melalui aplikasi mudah alih atau laman web HBO GO pada harga RM34.90/bulan atau RM89.90 untuk pelan tiga bulan.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Tonton Filem Animasi Berdasarkan Kisah Benar Ini Eksklusif Di Netflix Bermula 16 September 2024
  • Netflix Dilapor Akan Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk iOS 16
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Hollywood Reporter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY