Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung A17 5G_2

Samsung Malaysia Naikkan Harga Galaxy A07, Galaxy A17

Diterbitkan Julai 28, 2026 · Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh Amalina Athman

Samsung Malaysia kini mengumumkan kenaikan harga jualan (RRP) bagi Galaxy A07 dan Galaxy A17, berkuat kuasa mulai 27 Julai 2026.

Menurut Samsung, pelarasan harga itu dibuat berikutan peningkatan berterusan kos komponen global, khususnya cip memori dan RAM. Syarikat itu menjelaskan permintaan yang semakin tinggi daripada infrastruktur AI dan pusat data telah menyebabkan kos komponen tersebut terus meningkat sejak beberapa suku tahun kebelakangan ini.

Galaxy A07 5G_
Galaxy A07 5G
Samsung A17 5G_2
Samsung A17 5G

Samsung berkata pihaknya telah berusaha menyerap kenaikan kos berkenaan bagi mengurangkan impaknya kepada pengguna. Namun, keadaan pasaran semasa menyebabkan semakan harga tidak dapat dielakkan.

Berikut merupakan harga baharu bagi model yang terlibat:

  • Galaxy A07 5G (8GB + 256GB) – RM1,149 (harga lama RM1,029)
  • Galaxy A07 LTE (8GB + 256GB) RM1,049 (harga lama RM899)
  • Galaxy A17 5G (8GB + 256GB) RM1,299 (harga lama RM1,149)
  • Galaxy A17 LTE (8GB + 256GB) RM1,149 (harga lama RM949)

Dalam pada itu, Samsung menyatakan syarikat itu kekal komited untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik menerusi siri Galaxy A, termasuk peningkatan dari segi prestasi, ketahanan, pengalaman perisian dan sokongan keselamatan jangka panjang. Pengguna juga akan terus menerima akses kepada ciri seperti Samsung Wallet untuk transaksi yang pantas, lancar dan selamat.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Samsung Rampas Takhta Pasaran Telefon Pintar Global, iPhone Pula Terus Kukuh
  • Harga Telefon Lipat Samsung Makin Mahal
  • Samsung Dan SK hynix Akan Bekalkan Cip Memori Canggih Kepada AS Bernilai ~RM4.43 Trilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY