Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga Telefon Lipat Samsung Makin Mahal

Harga Telefon Lipat Samsung Makin Mahal

Diterbitkan Julai 24, 2026 · Dikemas kini Julai 24, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung, telah pun melancarkan model telefon pintar baharu yang lebih ramping pada hari Rabu, yang dijual pada harga lebih tinggi berbanding model terdahulu akibat peningkatan kos komponen berikutan kecerdasan buatan (AI).

Salah satu daripada model berkenaan menyerupai tablet mini apabila dibuka lipatannya.

Samsung, yang melancarkan produk bertaraf premium itu di London, berhasrat untuk mengukuhkan semula dominasinya dalam pasaran telefon pintar boleh lipat—sektor yang telah diceburinya sejak 2019—sebelum potensi langkah susulan oleh pesaingnya dari AS, Apple, pada tahun ini.

“Dengan menetapkan piawaian baharu untuk peranti boleh lipat, kami sekali lagi memajukan pengalaman mudah alih premium,” kata TM Roh, ketua bahagian mudah alih Samsung.

Peranti paling inovatif yang diumumkan pada hari Rabu ialah Galaxy Z Fold8. Berukuran setebal 4.5 milimeter apabila dibuka, ia menampilkan skrin 7.6 inci dengan nisbah aspek 4:3 yang dioptimumkan untuk tontonan video.

Harga permulaannya ditetapkan pada $1,900.

“Galaxy Z Fold8 merupakan bintang utama dalam majlis pelancaran ini,” kata Paolo Pescatore, penganalisis teknologi di PP Foresight.

“Ia menegaskan dominasi Samsung dalam kategori boleh lipat serta kesungguhannya untuk meluaskan pasaran menerusi peranti yang sesuai bagi hampir setiap jenis pengguna.”

“Kini tumpuan beralih kepada acara Apple pada bulan September dan sama ada mereka akhirnya akan memperkenalkan langkah yang lama dinantikan dalam arena peranti boleh lipat.”

Model terbaharu paling premium daripada Samsung ialah Z Fold8 Ultra — pengganti kepada Z Fold7 — dengan harga runcit bermula daripada $2,100 (RM7,899).

Ia berukuran setebal 4.1 milimeter sahaja apabila dibuka dan mempunyai berat 215 gram.

Z Flip8 — model bersaiz poket yang lebih ditujukan untuk kegunaan media sosial — merupakan model baharu yang paling murah, dengan harga permulaan $1,200.

Harga yang lebih tinggi ini berpunca daripada lonjakan kos cip memori, yang menerima permintaan semakin meningkat disebabkan peranan strategiknya dalam menguasai kecerdasan buatan.

Bulan lalu, Apple turut memberi alasan yang sama semasa menaikkan harga peranti Mac dan iPad mereka.

“Apple bakal melakukan perkara yang sama terhadap pasaran boleh lipat seperti yang telah dilakukannya pada setiap kategori yang pernah diceburinya, iaitu mengesahkan kebolehpercayaannya untuk pasaran arus perdana,” kata Francisco Jeronimo daripada kumpulan penganalisis telekomunikasi IDC.

“Samsung perlu mempertahankan kategori yang telah dicipatanya, dan itulah sebabnya mereka tidak boleh mengambil langkah selamat,” tambahnya.

– AFP

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Prestasi RAM DDR5 China Dilaporkan Kurang Konsisten
  • Tips Memilih GPU Laptop Gaming Terbaik, Dari RTX 5050 Hingga RTX 5090

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY