Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung, Google Perlihat Dua Rekaan Cermin Mata Pintar

Samsung, Google Perlihat Dua Rekaan Cermin Mata Pintar

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh Amalina Athman

Samsung dan Google kini memperlihatkan dua rekaan cermin mata pintar terbaharu mereka di Google I/0 2026, yang dibangunkan dengan kerjasama Gentle Monster dan Warby Parker.

Cermin mata pintar ini menggabungkan kecanggihan teknologi AI Google, kepakaran perkakasan Samsung serta reka bentuk premium daripada kedua-dua jenama cermin mata tersebut. Gentle Monster membawakan rekaan yang lebih moden dan berani, manakala Warby Parker mengekalkan gaya klasik yang sesuai untuk kegunaan harian.

Samsung, Google Perlihat Dua Rekaan Cermin Mata Pintar
Samsung, Google Perlihat Dua Rekaan Cermin Mata Pintar

Melalui integrasi dengan Gemini, pengguna hanya perlu menggunakan arahan suara untuk meminta panduan navigasi, mendapatkan cadangan lokasi (seperti kafe berhampiran), sehinggalah membuat pesanan untuk diambil kemudian.

Ia juga boleh merumuskan notifikasi penting, menambah acara ke kalendar, menterjemah perbualan secara masa nyata serta menterjemah teks pada menu atau papan tanda yang dilihat oleh pengguna.

Apabila digunakan bersama ekosistem Samsung Galaxy, cermin mata ini turut memudahkan pengguna mengurus tugasan harian dan mengambil gambar tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar dari poket.

Samsung, Google Perlihat Dua Rekaan Cermin Mata Pintar

Samsung menyifatkan produk ini sebagai langkah penting dalam usaha memperluaskan pengalaman AI ke dalam bentuk perkakasan (form factor) baharu. Google pula melihatnya sebagai cara untuk menjadikan AI lebih berguna dan mudah diakses dalam kehidupan seharian.

Koleksi pertama cermin mata pintar ini dijadualkan dilancarkan pada musim luruh ini di pasaran terpilih. Maklumat lanjut termasuk harga dan ketersediaan mengikut negara akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Google Umum Android XR - Sistem Operasi Untuk Set Kepala, Cermin Mata Pintar
  • Cermin Mata Pintar Kini Bantu Orang Buta 'Melihat' Dunia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Lancar Dua Cermin Mata Pintar Ray-Ban, Kini Sokong Hampir Semua Preskripsi
  • Google Perkenal Gemini Intelligence Untuk Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY